Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan anak kepada Tok Ram dan Datin Alyah iaitu Nur Izzara yang sedang berjoget sehingga membuatkan netizen terhibur melihat telatahnya itu.
video berkenaan yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Datin Alyah kini peroleh jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta, tanda suka sebanyak 57 ribu dan sebanyak 250 komen.
@alyah81officialsi zara ni dgr music kat mana?🤔 tetiba berjoget plak dia depan Daddy dia plak tu.Berani sungguh hang zara🤣 #fyppppppppppppppppppppppp #fypageシ #malaysiatrending #fyp #fypage
♬ original sound – alyah81official – alyah81official
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan semenjak Izzara boleh berjalan makin banyak karenah comelnya itu.
”dia joget joget tak kena komen juri ke? Hahaha”
“Menari je boleh, kalau menyanyi nanti kena komen dengan daddy”
”joget dengan rambut pokok kelapa dia tu alahai comelnya zara!!”
”mesti zara tahu bapak dia composer hebat kan”
”kalau daddy panggil dia datang, kalau munmy panggil dia toleh pun tak hahaha”

Info Tambahan, Dato’ Ramli bin Mohd Salleh, atau lebih dikenali sebagai Ramli M.S. dan disapa mesra Tok Ram, adalah seorang maestro muzik Malaysia yang terkenal dengan sumbangannya dalam industri seni tanah air. Dilahirkan pada 17 November 1958 di Geylang, Singapura, beliau menukar kerakyatan Malaysia pada 1989.
Walaupun hanya menamatkan pendidikan hingga darjah enam kerana kesusahan hidup, Tok Ram memulakan kerjaya muziknya seawal usia 14 tahun, belajar secara autodidak melalui pembacaan dan bimbingan insan seni.
Beliau terkenal sebagai pemuzik, penggubah lagu, pengarah muzik, dan konduktor berbakat, dengan pengalaman luas di Hong Kong dan Malaysia. Tok Ram pernah berkhidmat sebagai pengetua Akademi Fantasia musim kedua dan keenam, serta memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Susunan Muzik Terbaik. Ketegasan dan disiplinnya menjadikan beliau ikon dalam industri muzik Malaysia.
Apa-apa pun semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

2 months ago
83











![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)














![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

