Siapa sangka penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, rupa-rupanya aktif berbelanja secara dalam talian? Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @rosmadiothman, Siti Nurhaliza dengan selamba mengaku bahawa dirinya berbelanja banyak secara online.
@rosmadiothmanBanyak nya tokti shopping kat tt… #masukberandafyp #foryoupage #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #viral #trending #foryou
♬ bunyi asal – Rosmadi Othman – Rosmadi Othman
“Biduanita Negara Pun Shopping Online Je…”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap humble Siti Nurhaliza yang tidak berkelakuan seperti artis yang lain dimana kebanyakan mereka membeli-belah di Pavillion atau kedai berjenama secara fizikal. Lebih mencuit hati, Siti menyatakan kasut yang dibeli tidak muat dipakainya. Masalah ini difahami netizen kerana ramai yang mengalami perkara yang sama jika membeli barangan secara dalam talian.
“Rupanya Siti pun type mak-mak yang suka beli online”
“Tokti pun beli kat tiktok je, yang treep kaya tu konon tak main tiktok shop”
“Sebab tikyok dengan shoppe je ada barang pelik yang kita nak, kat mall takde”
“Toktik beli kasut pun online je tu pun tak boleh pakai”
“Ada lah juga persamaan kita dengan biduanita”
“Dia guna nama anak as user…”
Namun, apa yang lebih menarik perhatian Murai ialah salah satu komen di ruangan video tersebut yang mendakwa seorang penghantar barang (rider) pernah menghantar banyak parcel ke rumah Siti, tapi semuanya menggunakan nama anaknya sebagai penerima.
Apabila ditanya anak yang mana satu Siti gunakan sebagai penama, individu tersebut mengatakan Afiya. Perkara ini terus mencuit hati ramai warganet. Ramai yang berseloroh bahawa Dato’ Siti mungkin cuba ‘cover line’ dengan menggunakan nama anak untuk elak dikesan oleh suami apabila shopping online berlebihan. Ada juga yang memuji sisi rendah diri dan kejujuran penyanyi kesayangan ramai ini yang tidak malu mengaku kelemahan diri.
Ada juga yang cemburu kerana rider tersebut seringkali ke rumah Siti. Sebagai peminat, sudah pasti sukar untuk melihat Siti Nurhaliza secara bersemuka jika tiada sebarang majlis dilakukan. Oleh itu, ramai yang berseloroh untuk melihat rumah sahaja sudah cukup buat mereka.
Walaupun dikenali sebagai seorang biduanita negara yang terkenal di serantau dunia, ternyata Dato’ Siti juga tidak terkecuali daripada godaan ‘checkout’ di aplikasi dalam talian. Malah, keterbukaan beliau bercerita secara santai menjadikan dirinya makin dekat di hati peminat.

3 months ago
131












![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)