[VIDEO] Jebat Jayden Bongkar Rahsia Noor Nabila Dating Dengan Sharnaaz Ahmad?..

8 hours ago 4

Siapa yang tidak kenal kakak kepada selebriti Malaysia Neelofa, iaitu Noor Nabila. Dia merupakan seorang usahawan dan ibu kepada seorang anak. Noor Nabila bersama rakan baiknya Rosix Omar sering memuat naik video yang meraih perhatian ramai di laman media sosial milik mereka terutamanya di youtube, instagram dan tiktok.

Sebelum ini, status rumah tangga Noor Nabila dan Engku Imran menjadi bualan ramai apabila ada yang mendakwa sudah retak menanti belah. Namun ianya ditepis oleh Noor Nabila apabila dia mengatakan tiada apa pun sebenarnya yang berlaku.

Mereka juga dikatakan tidak duduk sebumbung serta kedua-dua instagram pasangan tersebut tidak terdapat gambar bersama. Namun pada 25 September yang lalu, akhirnya terlerai apabila Engku Emran dan Noor Nabila disahkan bercerai dengan talak satu.

“Mummy Pergi Dating Dengan Baba”-Jebat Jayden

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @jangansibukstalk2 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.6 juta, tanda suka sebanyak 51 ribu dan sebanyak 187 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Jebat Jayden yang memberitahu bahawa ibu dan ayahnya pergi temu janji bersama sama.

@jangansibukstalk2

jayden pecah rahsia 🤣

♬ suara asli – bismannovic – bismannovic

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa sekiranya Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad kembali bersatu pasti ramai yang menyokongnya terutama sahabat dan keluarga mereka. Tambah mereka lagi, mereka terhibur dengan telatah Jebat Jayden yang bocorkan rahsia tersebut itu.

Apa-apa pun, semoga Jebat Jayden membesar menjadi anak soleh yang taat pada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Apa kata anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |