[VIDEO] “Kau Tak Kesian Keadaan Badan Anak Kau Macam Ni?” – Netizen Sokong Teguran Buat Bapa Abang Aji

11 hours ago 5

Satu video yang dimuat naik oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit di TikTok telah mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen selepas beliau menegur secara terbuka bapa kepada pempengaruh kanak-kanak, Abang Aji, mengenai keadaan fizikal anaknya yang dikatakan tidak sihat untuk usianya.

@tareqfit

#fypmalaysia🇲🇾tiktok❤️ #fypmalaysia🇲🇾tiktokviral #fypmalaysia🇲🇾tiktokviralmalaysia

♬ original sound – TAREQ FIT – TAREQ FIT

Dalam video tersebut, Tareq menyuarakan kebimbangan terhadap saiz badan Abang Aji yang agak besar dan tidak sepadan dengan usianya.  Teguran yang diberikan juga adalah dari sudut pandangannya sebagai seorang bapa.

“Aku takkan terima keadaan badan anak aku macam ni. Keadaan badan tak sihat langsung,” luahnya dalam video tersebut.

Beliau turut mempersoalkan tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan pemakanan sihat anak-anak. Tegurannya ternyata memberi kesan mendalam kepada para penonton yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan tersebut.

“Bila anak obes, jangan salahkan anak Salahkan diri sebab kau yang perlu bertanggungjawab sebagai mak ayah yang kena jaga keadaan badan anak kau.” Katanya lagi.

“Akhirnya, ada juga orang bersuara pasal dia…”

Abang Aji yang sememangnya dikenali dengan wajah comel dan tubuh montelnya sering menjadi perhatian netizen di media sosial. Namun, kebanyakan warganet kini mula melihat situasi ini dari sudut kesihatan. Dalam video berkenaan, Abang Aji dilihat makan daging lembu bahagian kaki (gearbox) yang agak kurang sesuai dimakan untuk umurnya kerana tinggi kalori.

Bukan itu sahaja, kebanyakan video perkongsian dari akaun TikTok bapa Abang Aji memaparkan rekasi anaknya dalam menjamah makanan yang diberi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong teguran yang dibuat oleh Tareq Fit. Mereka menegaskan bahawa kanak-kanak pada usia sebegitu tidak mampu membuat keputusan sendiri mengenai makanan atau gaya hidup, justeru ibu bapa harus memainkan peranan utama dalam membentuk tabiat sihat sejak awal.

“Anak kecil tak tahu apa-apa. Semua bermula dari cara ibu bapa jaga pemakanan,”

“Bukan nak body shaming, tapi ini soal kesihatan. Kesian kalau kecil-kecil dah ada komplikasi,”

“Kita tengok dia bernafas un kita penat.”

“Betul, anak kecil lagi tak tau apa-apa memang nak makan je semua benda. Mak ayah kena lah pantau”

“Kesian anak jadi bahan konten bapa”

“Ayah dia jadikan dia konten tak fikir pun kesihatan anak”

“Asal duit masuk takpe”

Isu ini membuka perbincangan penting tentang tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan anak-anak membesar dengan sihat, bukan sekadar kelihatan ‘comel’ di mata netizen. Teguran Tareq dianggap tepat pada masanya dan menyedarkan ramai tentang kepentingan kesedaran awal terhadap kesihatan kanak-kanak.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |