Peminat Kareena, adakah berita ini sudah ‘lalu’ di FYP (For Your Page) TikTok kamu?
Aktres popular Bollywood, Kareena Kapoor dikhabarkan telah meninggal dunia secara mengejut. Berita palsu ini, yang turut dicampur dengan naratif yang cukup tragis, telah berjaya membuatkan beribu-ribu peminat mempercayai dan ada juga yang meratapi pemergiannya.
Khabar angin tersebut telah tersebar luas di media sosial terutamanya TikTok. Dengan perkataan “RIP Kareena Kapoor” yang terpampang di gambarnya, diiringi muzik sedih, video tular itu telah menceritakan bahawa aktres itu telah meninggal dunia.
@rokiy_x_donghuaselamat jalan karena kapur pemilik lagu yang sering kita gunakan #artisindia #kareeankapoor #laguindia#terimeri
Bagi sesetengah versi pula, ada yang mengatakan bahawa kematian Kareena berpunca daripada kemalangan jalan raya. Manakala sesetengahnya pula mendakwa Kareena meninggal dunia semasa bersalin.
Walau bagaimanapun, ramai orang yang tidak mencari kesahihan berita tersebut dan menganggap bahawa Kareena benar-benar telah meninggal dunia.
@ariwaontopKareenaKapoor #rest in peace #😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 ppppppppppppppppppppppppp😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭ppppp0pppp0😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏
Pada masa yang sama, di tengah-tengah kemuncak khabar angin mengenai kematiannya, ada segelintir individu memberitahu bahawa Kareena berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Baru-baru ini, aktres itu dilihat telah menghadiri majlis pelancaran butik barang kemas mewah di Birmingham, England.
Untuk pengetahuan kamu, fenomena khabar angin kematian selebriti bukanlah satu perkara baharu. Ramai selebriti terkenal di dunia sebelum ini pernah menjadi mangsa berita palsu yang sama.
Corak dan taktiknya selalu sama, iaitu tajuk sensasi hingga visual yang menggugah emosi, kemudiannya tersebar tanpa pengesahan daripada sumber rasmi. Dan malangnya, khabar angin seperti ini cepat tersebar dan tular sehingga ia mencetuskan panik dalam kalangan peminat.
Sekadar rekod, Kareena Kapoor sekarang ini agak sibuk dengan prohek lakonannya. Sebelum ini dia membuat kemunculan semula bersama Aamir Khan, menerusi filem ‘Laal Singh Chaddha‘.

2 months ago
86







![[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/9-1.jpg)

![[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- “Sayang Diri Kita Dulu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-7.jpg)

![[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/0f818463-9a11-4a31-bee0-8e7760c288db.jpg)
























![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)





![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)


