[VIDEO] “Sejujurnya, Saya Manusia Paling Malas Untuk Pergi Event Fashion Show”-Siti Nurhaliza

6 hours ago 5

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin, penyanyi, pelakon, dan usahawan terkenal Malaysia, dilahirkan pada 11 Januari 1979 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang. Dijuluki “Ratu Pop Malaysia,” beliau memulakan kerjaya muziknya pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan Bintang HMI 1995.

Dengan suara merdu dan karisma memukau, Siti Nurhaliza telah menghasilkan lebih 20 album studio, merangkul pelbagai anugerah termasuk Anugerah Industri Muzik (AIM) dan MTV Asia Awards. Selain muzik, beliau terlibat dalam lakonan, termasuk filem *Biarkan Bintang Menari*, serta memiliki syarikat kosmetik, SimplySiti.

Siti juga dikenali kerana kerja amalnya melalui yayasan bersama suaminya. Bergelar Dato’ Sri oleh Kerajaan Pahang, beliau adalah ikon budaya Malaysia yang terus memikat hati peminat dengan bakat dan dedikasinya dalam seni.

“Saya Malas Nak Pergi, Kecuali Kalau Yang Betul Memerlukan Saya Untuk Pergi Baru Saya Pergi”-Siti Nurhaliza

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 221 ribu, tanda suka sebanyak7,392 dan sebanyak 590 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menjawab soalan dari netizen mengenai mengapa beliau tidak menghadiri KLFW yang dihadiri oleh ramai selebriti terkenal Malaysia.

@sitizoner

#fyp

♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka sangat memahami kerana Tokti kini telah bekeluarga dan mempunyai tanggungjawab yang lain.

“tak sesuai la dia pergi event macam tu, not her standard”

“hahha kan Tokti dah bagi jawapan jujur tu”

“Siti sokong bukan dengan hadir tapi beiau beli baju baju tersebut”

“kalau perasan Tokti ni bukan yang suka berfashion sangat jadi tak hairanlah kalau beliau tak mahu pergi event sebegitu”-Kata netizen

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga fdi akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |