Personaliti media sosial dan selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna, kembali mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik sebuah video romantis bersama kekasih hatinya @_kenjihans di laman TikTok.
Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun rasmi beliau, Lucinta berkongsi momen manis bersama pasangannya – lengkap dengan senyuman, pelukan dan ekspresi cinta yang penuh kasih sayang. Video pendek itu bukan sekadar paparan kemesraan, tetapi turut disertakan dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.
@lucintaluna12I LOVE U 🥹❤️✨ Bukti Cinta yang terbaik adalah Kesetiaannya dan menerima Kekuranganku apa adanya ❤️ Setiap ucapan baik akan berbalik pada diri kita masing masing, Jadi usahakan untuk menjaga Lisan kita 🙏 Semua Manusia di Bumi ini berhak bahagia dengan jalannya masing – masing ✨ #lucintaluna #kenjihans #lucukhenz #lucukhenzstory #happylife #couplegoal #couplelove #tulus #luckygirl #foryou #romantic #sayang #lucintalunaberhakbahagia
♬ original sound – Amjad Siyal
“Bukti cinta yang terbaik adalah kesetiaannya dan menerima kekuranganku apa adanya ❤️
Setiap ucapan baik akan berbalik pada diri kita masing-masing, jadi usahakan untuk menjaga lisan kita 🙏
Semua manusia di bumi ini berhak bahagia dengan jalannya masing-masing ✨”
Perkongsian itu serta-merta menarik perhatian ramai pengikut yang tersentuh dengan mesej positif disampaikan Lucinta. Ramai yang memuji keberanian beliau dalam menyampaikan mesej cinta sejati yang penuh penerimaan dan kesetiaan, tanpa mengira latar belakang atau sejarah hidup seseorang. Namun, ramai juga yang mengecam perkongsiannya itu.
Reaksi Netizen Bercampur
Di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen. Ada yang menyokong serta mendoakan kebahagiaan Lucinta. Ada juga yang mengkritik dan mengecam hubungan sejenis itu kerana Lucinta yang pada asalnya merupakan seorang lelaki.
“You deserve to be happy, stay strong queen!”
Semoga hubungan kalian terus bahagia dan diberkati.”
“Setiap orang berhak bahagia, terima kasih kerana menyuarakannya!”
“Dia berhak bahagia dengan cara dia sendiri, tak ganggu kita”
“Apa kekasih dia tau ke yang sebenarnya dia siapa?”
“Laki boleh cantik asalkan berduit”
“Kenji ni sebenarnya perempuan kan, Lucinta pula sebenarnya lelaki”
“Rumit kisah percintaan diorang ni”
Lucinta Luna sememangnya dikenali dengan sikap terbukanya dalam menyuarakan isu-isu peribadi dan sosial, termasuk soal penerimaan diri dan cinta. Meskipun sering menjadi bahan kontroversi, beliau tetap teguh memperjuangkan dirinya tanpa menghiraukan pandangan orang lain.
Video tersebut ini pernah viral dan menerima ribuan tontonan dalam masa singkat, membuktikan bahawa mesej kasih sayang dan penerimaan yang unik serta tulus mendapat perhatian masyarakat.

3 months ago
118










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)
















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)

![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
