MURAI baru saja dapat berita yang cukup mengejutkan dari industri hiburan Pakistan. Seorang pelakon dan bintang realiti televisyen, Humaira Asghar, ditemui meninggal dunia di apartmennya di Karachi. Katanya, masa ditemui tu… jasad beliau dah pun reput, macam dah beberapa hari tak ada siapa perasan.
Humaira tinggal menyewa di sebuah apartmen di kawasan Ittehad Commercial. Kehilangan dia memang buat ramai orang dalam industri terkejut dan sayu. Ramai selebriti Pakistan dah mula berkongsi ucapan takziah di media sosial, tanda mereka pun rasa sangat kehilangan.
Siapakah Humaira Asghar?
Kalau sekali pandang Humaira Asghar, mesti anda terpesona. Raut wajahnya manis, persis kacukan Arab dan India , kulit cerah, mata galak, senyuman manja… kalau nak bayangkan, ala-ala Nadia Brian versi Pakistan. Memang jenis kecantikan yang bila sekali tengok, tak lupa-lupa.
Kalau anda nak tahu, Humaira ni bukan calang-calang orang dalam dunia seni Pakistan. Beliau ni pelakon, model, dan juga bintang rancangan realiti. Asalnya dari Lahore, dan memang berbakat sejak muda lagi. Beliau belajar seni visual dan seni persembahan dekat dua kolej terkenal, National College of Arts (NCA) dan College of Art & Design (PUCAD).
Kerjaya beliau bermula sekitar tahun 2013 sebagai model dulu. Lepas tu baru beliau mula muncul dalam drama-drama TV. Antara drama yang pernah beliau jayakan termasuklah Laali, Benaam, Chal Dil Mere dan Sirat‑e‑Mustaqeem.
Humaira juga pernah berlakon filem tau! Debut beliau di layar perak adalah menerusi filem Jalaibee pada tahun 2015. Kali terakhir beliau muncul di pawagam pula dalam filem Love Vaccine tahun 2021.
Tapi yang paling buat beliau jadi lebih dikenali adalah bila masuk rancangan realiti Tamasha Ghar pada tahun 2022, rancangan tu konsepnya lebih kurang macam Bigg Boss. Paling baru, beliau berlakon dalam drama Esaan Faramosh, dan ramai puji lakonan beliau dalam drama tu.
Bagaimana Jasadnya Ditemui?
Menurut laporan Dawn, polis menemui jasad Humaira pada hari Selasa di apartmen sewanya yang terletak di kawasan elit Defence Housing Authority (DHA), Karachi. Ceritanya, polis datang sebenarnya untuk melaksanakan perintah mahkamah bagi mengosongkan rumah tersebut kerana Humaira sudah lama tidak membayar sewa sejak 2024.
Tepat jam 3.15 petang, pegawai dari Balai Polis Gizri sampai di lokasi. Bila mereka ketuk pintu tak ada siapa yang sahut, akhirnya polis terpaksa pecahkan pintu. Masa itulah mereka dapati Humaira sudah pun meninggal dunia. Jasadnya kemudian dihantar ke Jinnah Postgraduate Medical Centre untuk bedah siasat.
Menurut pakar bedah forensik, Dr Summaiya Syed, mayat Humaira berada dalam keadaan “sangat terurai” dan dipercayai sudah beberapa hari meninggal sebelum dijumpai.

Sayangnya, perjalanan hidup Humaira terhenti terlalu awal. Baru 32 tahun, tapi dah pergi tinggalkan kita semua. Kalau anda pernah tengok lakonan Humaira Asghar, watak mana yang paling melekat dalam ingatan anda? Kongsilah dengan Murai!

3 months ago
106











![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)