[VIDEO] Telatah Spontan Tun Mahathir Lambai Tangan Buat Netizen Cair- “Comel…”

7 hours ago 5

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan telatah spontan dan selamba beliau ketika bergambar baru-baru ini,  siap buat ‘aksi comel’ lagi!

Dalam sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok oleh pengguna @amofficialmy (Adam Mohd Muhayeddin), Tun Mahathir diminta jurugambar untuk melambai tangan sewaktu sesi bergambar. Namun, cara beliau melambai itu jauh dari biasa , bukan sekadar angkat tangan kosong, tetapi dengan gaya yang cukup menghiburkan, seolah-olah sedang mengacah-acah peminat.

Aksi bersahaja itu membuatkan ramai tersenyum dan tergelak kecil melihat betapa ‘sporting’ beliau. Netizen pun tidak lepaskan peluang untuk memberi komen lucu dan penuh kasih sayang.

“Sayang Tun M, pandai bergurau, sporting jew. Siap melambai macam menang pilihan raya,” usik seorang netizen.

@amofficialmy

Tun ni always buat something cute hahaha

♬ original sound – Adam Mohd Muhayeddin – Adam Mohd Muhayeddin

Lebih manis lagi, ramai yang perasan Tun Mahathir tidak pernah melepaskan tangan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah, meskipun sedang sibuk bergurau dengan jurugambar.

“Tun berdua berpegangan tangan 🥰 sweet aihh. Macam pengantin baru, malu-malu tapi mahu,” tulis seorang lagi sambil bergurau.

Adam Mohd Muhayeddin, pemilik akaun TikTok yang sering berkongsi momen-momen menarik Tun Mahathir, juga menulis kapsyen yang menggambarkan betapa istimewa dan lucunya momen itu.

Selain memuji sikap bersahaja dan romantis pasangan ini, ramai juga mengambil kesempatan untuk mendoakan kesejahteraan mereka berdua.

“Semoga Tun berdua sihat selalu, Allah pelihara. Lepas ni boleh buat video tutorial cara pegang tangan dengan penuh kasih sayang pula,” seloroh seorang pengikut.

“Moga terus bahagia dunia akhirat, contoh pasangan sejati. Jangan lupa ajar kami cara ‘sweet’ yang tak basi,” tambah seorang lagi.

Video pendek ini sekali lagi membuktikan bahawa di sebalik karisma dan ketegasan figura negarawan ini, Tun Mahathir tetap seorang yang bersahaja, lucu, penyayang dan tidak kekok bergurau senda, malah romantik dengan isteri tercinta. Kalau ada anugerah “Pasangan Paling Comel”, mungkin mereka sudah lama menang!

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |