Pelakon popular Zara Zya tampil dengan coretan penuh makna mengenai kehidupannya yang masih membujang meskipun usianya bakal mencecah 40 tahun. Bagi Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, kehidupan ini hanya sebuah persinggahan sementara yang tidak akan kekal buat selama-lamanya. Beliau menganalogikan perjalanan hidup manusia seumpama kawasan rehat dan rawat (R&R) yang menjadi tempat singgah seketika sebelum meneruskan perjalanan masing-masing.

“Hidup ini sebenarnya macam R&R je. Ada yang singgah, temankan sekejap dan lepas itu sambung jalan. Jangan marah kalau dia pergi sebab kadang-kadang kita pun singgah dalam hidup orang lain. Bukan selamanya juga,” coretnya menerusi Threads.
Pandangan yang dikongsi itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata bersetuju dengan falsafah hidup yang dibawa Zara, namun ada juga yang menegur agar kenyataannya tidak terlalu jauh menyimpang. “Apa benda R&R jauh sangat kak. Hidup ini sementara je kak. Jangan ingat muda tak mati,” tulis seorang pengguna. Sementara yang lain pula menyatakan persetujuan, dengan menambah bahawa setiap insan datang dalam kehidupan hanya untuk mengisi ruang sementara. “Setuju, ada yang datang sekadar menumpang teduh. Ada yang pergi meninggalkan rindu yang tak sembuh,” ujar seorang lagi.

Untuk rekod, Zara pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Hafreez Adam pada Oktober 2019. Pasangan itu merancang untuk bernikah setahun kemudian, namun jodoh mereka tidak panjang apabila hubungan putus hanya selepas sebulan bertunang. Sejak itu, Zara memilih untuk memberi tumpuan kepada kerjaya seni dan kehidupannya sendiri.

Bagi Zara, setiap yang berlaku membawa pengajaran besar. Baginya, pertemuan dan perpisahan adalah lumrah, malah setiap insan hadir dalam hidup kita dengan tujuan tertentu. Hakikatnya, tiada siapa yang akan kekal selamanya, kerana semua yang singgah hanyalah sebahagian daripada perjalanan hidup yang sementara.

1 month ago
72










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)
