AirAsia Hausboom Festival 2025 Berjaya Satukan Artis Malaysia & Indonesia Dalam Satu Pentas

5 hours ago 7

Festival muzik kegemaran ramai, AirAsia Hausboom Festival 2025 yang berlangsung pada hujung minggu lalu berjaya memukau ribuan peminat dengan persembahan yang paling happening dan epik di MAEP, Serdang.

Dikuasakan oleh Hotlink, dan membawakan konsep baharu iaitu ‘Paint The Town Red’, festival muzik ini berjaya menggabungkan 33 artis Malaysia dan Indonesia seperti Dato’ M. Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Ella, Noh Salleh & restoe Iboe Band, Bunkface, Samsons, DOLLA, K-Clique, Spider, Slam, Def-Gab-C, 6icth Sense, Insomniacks, Kunto Aji, Bernadya, Feby Putri, Nadhif Basalamah, Ghea Indrawar, Salammusik, Gerhana SkaCinta dan ramai lagi dengan persembahan memukau dari pagi sehingga ke tengah malam selama dua hari.

Festival tahun ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti tambahan seperti Hausboom KL Foodie Fest hasil kerjasama dengan KL Foodie, yang menghimpunkan lebih 100 vendor makanan yang rare dan unik.

Bukan itu sahaja, jenama 7-Eleven turut menyertai festival ini sebagai rakan rasmi dan menyediakan slurpee, kopi, soft serve dan makanan on-the-go buat ribuan pengunjung.

Trivia Artis AirAsia Hausboom Festival 2025

Berikut beberapa trivia mengagumkan mengenai barisan artis hebat yang membuat persembahan di AirAsia Hausboom Festival 2025.

Datuk M. Nasir

Penyanyi legenda ini kembali ‘perform’ buat kali kedua Hausboom Festival selepas 2023. Tidak perlu disangkal lagi, beliau kembali dengan aura luar biasa menerusi Hati Emas, Raikan Cinta, Tanya Sama Itu Hud Hud, Apokalips, Mantera Semerah Padi, dan Pawana sebagai penutup yang epik pada hari pertama.

Salammusik 

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2006 dan dikenali ramai dengan gabungan muzik reggae, hip-hop, dan elemen tradisional Malaysia. Selain itu, kumpulan ini pernah membuat persembahan di Samosir Music International Festival 2019 dan Zwarte Cross Festival 2017, yang membuktikan muzik Malaysia ini mampu menembusi sempadan antarabangsa.

K-Clique

Band yang diiktiraf sebagai Spotify’s Most Streamed Malaysia Artister of 2019, band hip-hop ini mencuri hati generasi muda dengan lagu-lagu hits seperti Sah Tu Satu, Mimpi, Beg 2 Back, dan banyak lagi.

Spider

Kumpulan rock legenda berasal dari Johor yang ditubuhkan pada sekitar tahun 1996. Album sulung mereka, Ngam Ho benar-benar memberikan gelombang besar dalam muzik tempatan. Kumpulan yang dianggotai oleh Tam sebagai vokalis ini turut terkenal dengan single-single klasik seperti Aladdin, Relaku Pujuk, Kasih Latifah, dan Nazraku.

Insomniacks

Ditubuhkan pada 2015, kumpulan Insomniacks mula dikenali dengan single Pulang pada tahun 2018, dan terus menghasilkan lagu-lagu hits seperti Reminisensi, Sempurna, Igauan Malam.

Feby Putri

Artis terkenal Indonesia, Feby Putri atau Feby Putri Nilam Cahyani yang berasal dari Makassar, Sulawesi ini turut memeriahkan AirAsia Hausboom Festival 2025 dengan lagu-lagu galau seperti Senyum Semu, Halu, Usik, Runtuh, Detik, Menit, Jam. Feby Putri mula dikenali ramai melalui lagu debut Halu dan terus mencanak naik dengan single Runtuh (bersama Fiersa Besari dengan strim sebanyak 600M di Spotify!

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |