Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

23 hours ago 12

Pada minggu ini, media sosial hangat memperbincangkan perkahwinan pasangan selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya dan Maxime Bouttier.

Majlis yang berlangsung dengan penuh bermakna itu menarik perhatian ramai, terutamanya apabila Maxime memberikan mas kahwin berupa 7.5 gram logam mulia dan AS$2025, bersamaan kira-kira RM8,600, yang dibayar secara tunai.

Netizen Mempersoalkan Agama Luna Maya

Namun, satu detik yang mencuri tumpuan adalah apabila pasangan ini dilihat menuang air ke dalam gelas bertingkat yang dikatakan kononnya air beralkohol telah menimbulkan persoalan di kalangan netizen mengenai agama Luna Maya.

Ramai yang mula berdebat mengenai agama yang dianuti oleh Luna Maya dan ada juga yang memberikan bukti agama rasmi Luna Maya adalah agama Islam.

Agama Suami Adalah Islam

via Awsimo

Antaranya yang mengukuhkan lagi agama Islam Luna Maya adalah agama suaminya, Maxime Bouttier.

Dia mempunyai darah keturunan Perancis, Maxime sering disalah anggap sebagai bukan beragama Islam.

Malah, menjelang hari pernikahan mereka, timbul spekulasi bahawa Maxime mungkin seorang mualaf.

Namun, hakikat sebenarnya, Maxime sudah menganut agama Islam sebelum menjalin hubungan cinta dengan Luna Maya.

Ada yang menyatakan bahawa Maxime memeluk agama Islam ketika berusia 15 tahun.

Sementara itu, sumber kedua pula mengatakan bahawa Maxime telah dibesarkan dalam keluarga Muslim sejak kecil, memandangkan ibunya, Siti Purwanti, merupakan seorang Muslim.

Meraikan Hari Raya Aidilfitri

Bukan itu sahaja, ada beberapa sumber yang menyatakan bahawa terdapat satu bukti yang menunjukkan bahawa Luna Maya adalah seorang Muslim, iaitu sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Isteri kepada Maxime Bouttier ini tetap menyambut Aidilfitri walaupun dibesarkan di Bali dan kini menetap di Jakarta.

Pada satu ketika, Luna juga dilaporkan bersiap-siap untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama keluarganya.

Menunaikan Umrah

via Static Asset

Terakhir, bukti yang mengukuhkan lagi agama Luna Maya apabila Luna Maya menunaikan ibadah umrah ketika bekas teman lelakinya, Reino Barack, berkahwin dengan Syahrini.

Malah, terdapat juga yang berpendapat bahawa Luna Maya memilih untuk menunaikan umrah sebagai cara untuk mengatasi rasa kecewa dan patah hati akibat ditinggalkan oleh bekas kekasihnya itu.

Jadi berdasarkan bukti yang telah dibongkarkan oleh netizen, jelas menunjukkan bahawa agama rasmi Luna Maya adalah Islam.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |