Lelaki Muslim Bergaun di KLFW? Ini Teguran Menteri Agama

4 hours ago 6

Lelaki Muslim diingatkan supaya tidak terlibat dalam gaya atau penampilan yang menyerupai wanita, terutamanya dalam bidang fesyen.

Teguran ini disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar, yang menegaskan bahawa perbuatan sedemikian bertentangan dengan nilai dan ajaran Islam.

Mencemarkan Peranan Sebagai Pemimpin

Menurut beliau, dalam Islam, lelaki memainkan peranan sebagai pemimpin atau ‘qawwam’, dan tingkah laku atau fesyen yang menyerupai wanita boleh mencemarkan nilai tersebut.

Kalau fesyen itu meniru ciri-ciri wanita, dari pakaian hingga gaya berjalan yang ‘keperempuanan’, bagaimana kita nak bawa nilai kepimpinan itu?

Beliau turut merujuk kepada hadis Rasulullah SAW yang menyebut sesiapa yang menyerupai satu kaum, maka dia dianggap sebahagian daripada kaum itu.

Bukan Teguran Baharu

via Instagram KLFW

Teguran ini, katanya, bukan perkara baharu dan pernah disuarakan pihak berkuasa agama sebelum ini.

Teguran itu hadir selepas tularnya penampilan segelintir lelaki Muslim berpakaian seperti wanita, lengkap dengan gaun dan aksesori pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 (KLFW 2025) baru-baru ini.

Fenomena tersebut mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, malah ada yang menyindir acara itu sebagai “KL Fondan Week.”

Garis Panduan Untuk Acara Hiburan

Mengulas lanjut, Dr Mohd Na’im memaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah pun menyediakan garis panduan berkaitan penganjuran acara seperti fesyen dan hiburan yang wajar dipatuhi agar tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

JAKIM juga sentiasa berbincang dengan kementerian lain seperti Kementerian Komunikasi, supaya garis panduan ini dipatuhi dan umat Islam tidak tersasar daripada landasan agama.

Beliau menyeru semua pihak, khususnya yang terlibat dalam industri kreatif dan fesyen, agar lebih peka terhadap sensitiviti agama dan memainkan peranan dalam memelihara maruah serta identiti lelaki Muslim sejajar dengan tuntutan syarak.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |