Pelakon senior Zarina Zainuddin mengakui tidak malu berkongsi perjalanan peribadinya dalam memperbaiki bacaan al-Quran apabila mengambil keputusan untuk belajar mengaji semula selepas sekian lama. Zarina, 54, berkata walaupun ada pelbagai tanggapan orang terhadap tindakannya, dia memilih untuk fokus kepada niat yang baik dan sokongan positif daripada pengikutnya di media sosial.

“Alhamdulillah… saya pun tak segan (malu) nak tunjuk saya baca apa. Tak kisahlah anggapan orang ini macam-macam kan, tapi ‘followers’ saya pun doakan saya. Mereka kata baguslah sebab kita (saya) nak buat kan. Daripada kita tak buat, kita nak buat dan kita ulang balik. Kita betulkan balik mana yang tak betul. Itu lebih bagus daripada langsung tak buat,” katanya.
Zarina menjelaskan, langkah itu dibuat atas kesedaran sendiri dan bermula sejak dua bulan lalu. Dia kini belajar dua kali seminggu pada setiap Selasa dan Jumaat dengan seorang guru khas, Ustazah Wani, yang datang ke rumah bagi membantunya memperbaiki sebutan makhraj serta tajwid.

Menurutnya, dia pernah belajar mengaji ketika kecil namun lama-kelamaan pengetahuan itu semakin pudar kerana kesibukan serta perubahan hidup. “Dulu saya ada belajar dengan seorang ustazah lain. Lepas itu saya sibuk dan leka dengan benda-benda lain, ustazah pun dah pindah. Dah lupa benda yang belajar. Al-Quran bila lama tak belajar, tak mengaji, jadi macam lupa,” jelasnya.
Zarina juga pernah mengikuti kelas mengaji secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi mendapati kaedah itu agak mencabar berbanding belajar secara bersemuka kerana tidak dapat bertanya dengan mudah. Kini, walaupun hanya berada di peringkat ketiga Iqra’, dia berasa seronok dan semakin memahami bacaan dengan lebih betul. “Sekarang alhamdulillah… walaupun saya mengulang balik daripada awal alif ba ta, sekarang baru Iqra’ yang ketiga tapi saya seronok. Dia sikit-sikit tapi kita dapat faham dengan betul,” ujarnya.
Menurut Zarina, kos belajar mengaji tidaklah membebankan, malah dianggap sebagai pelaburan jiwa yang sangat berharga. “Kos untuk belajar bukanlah mahal sangat. Tak lah, makanan kita lagi mahal rasanya. Tiada pembaziran. Ini makanan hati tau. Makanan ini lagi penting sebab dia terangkan hati kita, bagi kita lebih dekat dengan al-Quran. Slowly but surely macam itu lah konsep saya,” katanya.

Dia turut berkongsi bahawa dorongan untuk belajar semula datang selepas menerima teguran orang ramai ketika menyampaikan nasyid selawat sebelum ini. Ramai yang menegurnya tentang sebutan makhraj yang tidak tepat, dan dia memilih untuk memperbaikinya daripada terus berdiam diri. “Ia bermula masa saya buat nasyid selawat sebelum ini. Banyak yang tegur saya, makhraj tak betul. Jadi bagus juga bila orang tegur kita itu, kita betulkanlah. Bila kita mengaji balik, kita lebih jelas nanti. Lebih faham lagi apa yang kita baca itu betul atau tak,” ujarnya.
Zarina dilihat semakin terbuka berkongsi rutin mengajinya di TikTok, sekaligus memberi inspirasi kepada ramai pengikutnya yang mungkin pernah melalui situasi sama. Baginya, tiada istilah terlambat untuk kembali mendekatkan diri dengan al-Quran, asalkan niatnya ikhlas dan dilakukan dengan kesungguhan.

2 weeks ago
39


![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Comelnya! Wanita Ini Curi Perhatian Selepas Terima Kucing Sebagai Hantaran Kahwin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/9-1.jpg)





![[VIDEO] Tular Produk Ada Tulisan Hebrew, F&N Tampil Jelas Isu Label Gold Coin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/4-7.jpg)












![[VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-36-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)
![[VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-34-1024x576.png)


![[VIDEO] Cik B Kongsi Kisah Hantu Yang Menyerupai Dato Seri Vida-“Nak Gelak Ke Tak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-33-1024x576.png)

![[VIDEO] Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat, Netizen Terhibur-“Dah Macam Bunyi Ayam”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-37-1024x576.png)
![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)
![[VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-38-1024x576.png)

![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)

