Baru-baru ini nama pempengaruh dan anak kepada pelakon Kasih Iris Leona Azhar kembali menjadi perhatian di Threads selepas seorang individu tampil membuat andaian mengenai keadaan emosinya selepas pemergian rakan baik.
Sebelum ini, Leona hadir ke acara pengebumian sahabat rapatnya dan turut meluahkan rasa sedih atas kehilangan tersebut. Namun beberapa hari kemudian, ada pula netizen yang mempersoalkan tindakannya memuat naik video sedang makan Coco Crunch berwarna merah jambu sambil kelihatan ceria.
Individu itu menulis,
“Leona muat naik dia sedih sebab kawan baiknya baru meninggal dunia kelmarin, tapi hari ini dia post video makan Coco Crunch pink dan nampak gembira macam tiada apa berlaku. Itu membuktikan pada saya hidup ini sangat palsu… sedih.”
Aduhai, mudah betul sesetengah pihak membuat kesimpulan hanya berdasarkan satu hantaran media sosial. Mungkin terlalu banyak menonton drama Korea sampai jalan cerita hidup orang lain pun mahu disamakan dengan plot K-Drama.
Tidak berdiam diri, pengurus Leona kemudian tampil menjelaskan situasi sebenar. Menurutnya, video tersebut sebenarnya telah dirakam seminggu lebih awal sebelum insiden pemergian rakannya berlaku.
“Pengurus Leona di sini. Tolong jangan terlalu cepat menghukum hanya berdasarkan satu posting. Kandungan itu sebenarnya sepatutnya dimuat naik pada hari sahabat baiknya meninggal dunia tetapi kami tangguhkan dahulu untuk beri dia ruang.
“Video itu juga dirakam seminggu lebih awal sebelum semuanya berlaku. Itu tidak bermaksud dia tiba-tiba berhenti bersedih atau tidak merindui Kati hanya kerana dia memuat naik video tersebut.
“Dia seorang content creator dan pada masa sama menguruskan komitmen kerja lain. Kami ada klien, timeline dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi.”
Dalam masa sama, pengurusnya turut membalas kenyataan netizen tersebut dengan sindiran pedas namun penuh makna.
“And your statement proves to me: people can be so judgemental without even knowing us… sad.”
Hakikatnya, media sosial bukan gambaran penuh kehidupan seseorang. Ada yang masih bekerja sambil menanggung kesedihan, ada yang cuba kelihatan kuat walaupun hati sedang hancur. Jadi, jangan sesekali terlalu cepat menghukum hanya kerana satu video berdurasi beberapa saat.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary

14 hours ago
9




![[VIDEO] Gelagat Kacak Cari Hadiah Untuk Hari Lahir Cik B, Netizen ‘Seram’ Dengar Harga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/7f2aa4c4-1c5b-4d27-8510-78fe08f0cae6.webp)

![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)













![[VIDEO] Athierah Tampil Dengan Single ‘Berdiri’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-2.webp)






























