Pemergian Wah Han Keong, 18, benar-benar meruntun hati ramai. Remaja yang merupakan penumpang hadapan sebuah van itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan.
Namun apa yang paling menyentuh emosi netizen bukan saja berita kehilangan itu, tetapi beberapa video yang tular di Threads memperlihatkan detik pilu keluarga mangsa terutama bapanya.
Ramai yang mengakui sebak melihat bagaimana si bapa kelihatan begitu kuat ketika ditemu bual media. Nada suaranya tenang, malah cuba menjawab setiap soalan dengan tabah walaupun jelas sedang menanggung kesedihan yang besar.
@utusanmelayuplusofficialReplying to @mrulnzrin Upacara penghormatan terakhir buat mendiang Wah Han Keong, 18 tahun, di Dewan Hui Chun, Jalan Balik Bukit, Kuala Terengganu, hari ini. Video Milik China Press. #trendingnewsmalaysia #fyp #putuskepala #losong
♬ original sound – Utusan Melayu Plus – Utusan Melayu Plus
Tetapi saat proses pengebumian berlangsung, lelaki itu akhirnya tidak mampu lagi menahan air mata ketika melihat wajah anaknya buat kali terakhir. Momen tersebut membuatkan ramai netizen turut menitiskan air mata.
Pelajar yang baik
Di ruangan komen pula, muncul seorang guru yang pernah menjaga Han Keong ketika peperiksaan SPM. Perkongsiannya membuat ramai lagi tersentuh.
“Dia anak yang baik, waktu I jaga dia time SPM, dia tak banyak cakap. Masuk dewan always greet me with smiles pastu cakap morning. Then during break ada borak pasal his future nak jadi apa semua. Sedih la teringat!!”
Apabila ditanya mengenai cita-cita arwah, guru tersebut berkongsi bahawa Han Keong seorang pelajar pintar dan berada di kelas hadapan.
“Between account or engineering camtulah. Dia budak pandai, class depan.”
Perkongsian itu membuatkan ramai semakin sedih mengenangkan masa depan seorang anak muda yang baru mahu melakar kehidupan akhirnya terhenti terlalu awal.
Rata-rata netizen juga berharap agar ada keadilan buat mangsa serta keluarga yang terlibat. Dalam masa sama, ramai menitipkan doa agar keluarga Wah Han Keong diberikan kekuatan menghadapi kehilangan yang cukup berat ini.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
1
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

12 hours ago
8





![[VIDEO] Gelagat Kacak Cari Hadiah Untuk Hari Lahir Cik B, Netizen ‘Seram’ Dengar Harga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/7f2aa4c4-1c5b-4d27-8510-78fe08f0cae6.webp)
![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)














![[VIDEO] Athierah Tampil Dengan Single ‘Berdiri’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-2.webp)






























