“Susah Payah Aku Kumpul Duit Untuk Diri Sendiri…”-Syida Melvin

14 hours ago 8

Pelakon dan usahawan, Syida Melvin sebelum ini membuat pendedahan mengenai kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya bersama suami, Shafiq Shaheen.

Kongsi Syida, dia dikejar pihak bank berhubung tunggakan bayaran rumah dan hutang melibatkan sebuah syarikat yang turut menggunakan namanya itu.

Mahu Tuntut Semula Hak 

Terkini, Syida menerusi hantaran yang sudah dipadam di Thread, menegaskan bahawa dia hanya mahukan haknya semula setelah susah payah dia mengumpul wang untuk dirinya sendiri.

“At the end of the day, the right time will come. Aku just nak hak aku balik.

Susah payah aku kumpul duit untuk diri aku sendiri, pump in sebab fikir nak bantu. When comes to my rights, this is what i get. Tak apa, hidup ni ada undang-undang kan.”-tulis Syida di Thread

“Hidup Kita Ni Dengan Allah Je..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Syida, malah kakaknya yang juga pelakon dan usahawan iaitu Syatilla Melvin turut menitipkan pesanan bahawa hidup seseorang hanyalah dengan Allah SWT sahaja selain akan memberi petunjuk sama ada cepat atau lambat.

“Hidup kita ni dengan Allah ja Syida oi. Cepat lambat Allah mesti tunjuk.”-Syatilla Melvin

“Allah tak pernah tidur, doa banyak-banyak, doa orang teraniaya Allah angkat. Semoga dipermudahkan urusan Syida. Aaminn.”

“Semoga dipermudahkan urusan, Syida kuat tau.”

Sekadar info, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Shafiq Azim Shaheen pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajeeda dan Serhan Isa.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

3

Star

Star

3

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |