Yeo’s Raikan Hari Teh Sedunia Bersama Ammar Ahyan & Emma Sofea Dalam Dunia Penuh Magis

12 hours ago 8

Sempena sambutan Hari Teh Sedunia, Yeo’s Malaysia tampil dengan pendekatan lebih segar dan dekat dengan jiwa generasi muda menerusi sebuah acara penuh magis yang berlangsung di Immersify, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bukan sekadar majlis pelancaran biasa, acara tersebut membawa para tetamu menyelami pengalaman immersive yang menggabungkan elemen visual, interaktif dan deria dalam meraikan budaya minum teh dengan sentuhan moden dan fantasi.

Apa yang paling mencuri perhatian pastinya kemunculan dua wajah popular generasi muda, Emma Sofea dan Ammar Ahyan yang dilantik sebagai wajah terbaharu kempen rangkaian Teh Yeo’s.

Tema ‘Alice In Wonderland’ Jadi Tarikan

Menariknya, keseluruhan konsep acara diinspirasikan daripada dunia fantasi ala “Alice in Wonderland” dengan dekorasi penuh warna-warni, efek cahaya berkilauan serta elemen magikal yang menjadikan pengalaman lebih hidup dan imersif.

Emma Sofea dan Ammar Ahyan turut tampil dengan busana bertemakan fantasi yang sepadan dengan konsep acara, sekaligus menambahkan lagi aura dreamy dan whimsical sepanjang majlis berlangsung.

Gabungan visual kreatif dan suasana immersive itu secara tidak langsung memberi pengalaman berbeza kepada tetamu yang hadir, seolah-olah memasuki dunia teh yang penuh imaginasi dan ekspresi diri.

Aktiviti Tea Tasting Buat Tetamu Lebih Terlibat

Selain persembahan visual dan pengalaman interaktif, antara aktiviti yang mendapat perhatian ramai ialah sesi tea tasting yang membolehkan pengunjung mencuba sendiri pelbagai variasi Teh Yeo’s.

Malah, terdapat booth khas yang membolehkan tetamu menghasilkan minuman mereka sendiri menggunakan pilihan teh daripada Yeo’s mengikut cita rasa masing-masing.

Daripada perisa buah-buahan seperti White Peach Tea dan Passion Fruit Tea, hinggalah pilihan klasik seperti Jasmine Green Tea dan Ice Lemon Tea, setiap minuman diketengahkan sebagai simbol mood dan personaliti pengguna yang berbeza.

Pendekatan ini dilihat selari dengan gaya hidup generasi muda masa kini yang lebih gemar mengekspresikan diri melalui pilihan harian mereka termasuk makanan dan minuman.

Yeo’s Mahu Kekal Relevan Dengan Generasi Muda

Dalam masa sama, pihak Yeo’s Malaysia turut berkongsi hala tuju baharu jenama itu dalam memastikan ia terus relevan dengan pengguna muda masa kini.

Menurut Pengarah Pemasaran Yeo’s Malaysia, Renda Low, Teh Yeo’s bukan lagi sekadar minuman penyegar, tetapi mahu dijadikan sebahagian daripada gaya hidup harian masyarakat moden.

Katanya, kempen tersebut juga akan diperluaskan menerusi kandungan digital seperti video kreatif, podcast, TikTok LIVE, kerjasama bersama pempengaruh serta aktiviti berteraskan gaya hidup bagi mendekatkan jenama itu dengan generasi baharu.

“Teh Yeo’s merupakan teman setia rakyat Malaysia, dan hari ini kami mahu terus meletakkannya sebagai pilihan generasi kini tidak kira apa sahaja rutin harian mereka,” katanya.

Gabungan Nostalgia Dan Gaya Hidup Moden

Apa yang menarik, Yeo’s dilihat berjaya menggabungkan elemen nostalgia yang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia bersama pendekatan lebih moden dan estetik yang dekat dengan trend semasa.

Rata-rata tetamu yang hadir juga dilihat aktif berkongsi momen sepanjang acara di media sosial, membuktikan konsep immersive dan interaktif seperti ini lebih mudah mencipta engagement dalam kalangan generasi muda.

Dalam dunia pemasaran hari ini, pengguna bukan lagi sekadar mahu membeli produk tetapi mereka mahu merasai pengalaman dan membina hubungan emosi dengan sesuatu jenama.

Pendekatan yang dibawa Yeo’s menerusi kempen ini jelas menunjukkan bagaimana jenama lama boleh terus kekal relevan apabila berani tampil lebih segar tanpa meninggalkan identiti asal mereka.

Teh Sebagai ‘Momen Magis’ Harian

Melalui kempen terbaharu ini juga, Yeo’s mahu menjadikan setiap tegukan teh sebagai sebahagian daripada “momen magis” dalam kehidupan seharian pengguna.

Sama ada ketika bekerja, belajar, bersantai bersama rakan atau sekadar mencari kesegaran di tengah kesibukan harian, Yeo’s cuba mengetengahkan teh sebagai simbol comfort, mood dan kebersamaan.

Dengan gabungan pengalaman immersive, sentuhan fantasi dan strategi mendekati generasi muda melalui kandungan digital, sambutan Hari Teh Sedunia kali ini sememangnya meninggalkan impak tersendiri buat para tetamu yang hadir.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

4

Star

Star

5

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |