Lebih 250 ibu dari pelbagai latar belakang berkumpul dalam Ibu Legends Summit pertama anjuran Nicol David Organisation (NDO), menjadikannya antara acara penghargaan ibu terbesar di Malaysia.
Perhimpunan Ibu Hebat dari Seluruh Negara
via Nicol David OrganisationSidang kemuncak ini adalah lanjutan daripada program Ibu Legends yang selama ini memberi sokongan menyeluruh kepada komuniti ibu berpendapatan rendah, melalui bengkel kesihatan mental, literasi kewangan, senaman, dan pemeriksaan kesihatan percuma.
Membentuk Kesan Berantai Dalam Keluarga
via Nicol David OrganisationMenariknya, program ini bukan sekadar untuk ibu, ia turut mencetuskan perubahan dalam keluarga secara keseluruhan melalui projek Little Legends untuk anak-anak.
Kajian menunjukkan 81% ibu kini lebih aktif bersenam bersama anak mereka dan melaporkan peningkatan dalam ketahanan emosi, hubungan kekeluargaan, dan keyakinan diri.
Platform Inspirasi & Seni Keibuan
via Nicol David OrganisationSidang kemuncak yang berlangsung pada 8 Oktober 2025 ini turut diserikan oleh tokoh inspirasi seperti Datuk Nicol David, Dr. Jezamine Lim, Thanuja Ananthan dan Siti Kamariah Ahmad Subki.
Selain sesi perkongsian, dua bengkel interaktif dan pameran seni bertemakan “Keibuan Melalui Mata Seorang Ibu” turut memukau dengan 43 hasil seni dipamerkan.
Tiga karya terbaik memenangi baucar Watsons bernilai RM1,000 dan acara ini turut mendapat sokongan organisasi seperti Yayasan Hasanah, Thrive Well, Teach For Malaysia dan Women’s Aid Organisation, yang bersama-sama memperkasakan ibu untuk membina keluarga dan komuniti yang lebih kuat.

1 month ago
97


![[VIDEO] Neera Azizi Bakal Timang Anak Perempuan, Sempat ‘Gender Reveal’ Di Hadapan Kaabah!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/ead24a6b-f409-43cf-b941-a9243a0d28cf.jpg)










![[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/9-1.jpg)

![[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- “Sayang Diri Kita Dulu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-7.jpg)

![[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/0f818463-9a11-4a31-bee0-8e7760c288db.jpg)
















![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)






![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)



