“Rezeki tidak pernah salah alamat”, kongsi Wan Maimunah.
Setelah sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, aktres veteran Wan Maimunah kembali meraih perhatian orang ramai apabila beliau tampil berkongsi pengalaman pahitnya semasa bergelar sebagai pelakon. Wan Maimunah, atau lebih gemar dirinya disapa sebagai Ibu, mendedahkan bahawa dirinya telah ditipu oleh sebuah syarikat produksi.
Memetik kenyataan Wan Maimunah daripada Berita Harian, aktres veteran ini mendedahkan bahawa syarikat produksi berkenaan enggan melakukan bayaran untuk sebuah drama selepas beliau telah selesai menjalankan bahagian kerjanya.
Foto – Utusan MalaysiaEnggan menunding jari dan memanjangkan keadaan, Wan Maimunah mendedahkan beliau mengambil keputusan untuk memaafkan kru dan syarikat produksi yang telah menipunya sebelum ini.
“Selepas menunaikan ibadah haji tahun lalu, saya sudah nekad mahu berehat. Hati saya terlalu sedih kerana kerap ditipu orang. Ada drama saya berlakon, tetapi bayara langsung tidak diterima. Namun saya yakin, rezeki daripada Allah tidak akan pernah salah alamat.”
Foto – RotikayaSebelum ini, Wan Maimumah juga akui pernah bertekad untuk tidak memaafkan dan menghalalkan penipuan daripada pihak terbabit tetapi demi ketenangan hatinya serta redha dengan ketentuan Allah, beliau akhirnya memaafkan mereka. Pada masa yang sama, Wan Maimumah juga tidak mahu berkongsi identiti pihak yang terbabit.
“Dulu saya pernah kata, walau satu sen pun saya takkan halalkan dunia akhirat. Tetapi Allah beri hidayah, saya halalkan sahaja. Saya serah pada Allah dan berdoa agar mereka diberi kesedaran. Saya tak mahu buka aib orang. Kalau saya beritahu, mungkin akan menutup rezeki mereka. Biarlah Allah sahaja yang membalasnya.”
Sekitar bulan Mac lepas, Wan Maimunah telah mencuri tumpuan ramai apabila aktres veteran ini dilihat menjual juadah berbuka puasa di gerai ayam golek ‘Ferris Wheel’ milik anaknya di Kampung Wakaf Beruas, Terengganu.

1 month ago
78










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)