Pelakon Sweet Qismina lantang bersuara mengenai sikap segelintir netizen yang disifatkan hipokrit apabila beria-ia menyokong kempen antibuli susulan kematian pelajar tingkatan satu dari Sabah, Zara Qairina Mahathir, tetapi pada masa sama tidak henti-henti mengecam serta membuli orang lain di media sosial.
Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 28, menegaskan perbuatan tersebut tidak ubah seperti tindakan pembuli di sekolah yang hanya mengundang penderitaan kepada orang lain. Menurutnya, ramai individu lantang melaungkan slogan ‘no bully’ namun gagal mempraktikkan nilai tersebut dalam dunia maya.

“Adakah kamu sakit? Beria-ia sokong antibuli terhadap arwah Zara tapi tak berhenti menghukum dan membuli orang dalam media sosial. Saya perhatikan sahaja semuanya. Semakin lama semakin mengarut dan membuat saya muak. Kamu semua yang suka bergosip dan mengutuk orang dalam media sosial, langsung tiada beza dengan pembuli di sekolah. Kamu adalah pendera mental,” tulisnya dalam Threads.
Luahan isteri pelakon Adam Lee itu mendapat sokongan ramai pengikut dengan rata-rata bersetuju bahawa sikap segelintir netizen sangat bercanggah dengan prinsip yang cuba diperjuangkan. Ada yang menyifatkan golongan tersebut sebagai penyumbang kepada lahirnya budaya buli di sekolah kerana sikap mereka yang suka menghina dan memperlekehkan orang lain.

“Ironinya mereka yang menentang buli, akhirnya menjadi pembuli dalam media sosial,” kata seorang peminat.
“Orang seperti inilah melahirkan anak-anak kuat buli di sekolah. Darah buli mengalir dalam diri tanpa sedar,” tambah seorang lagi pengikut.
Fenomena komen berunsur penghinaan, sinikal atau sindiran memang sudah menjadi trend di media sosial, khususnya melibatkan selebriti. Antara yang sedang hangat diperkatakan ketika ini ialah kritikan pedas netizen terhadap pelakon Datin Intan Najuwa.

Sementara itu, kes kematian tragis Zara Qairina, 13, yang dilaporkan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, terus membuka mata masyarakat mengenai isu buli. Kes tersebut kini sedang menunggu inkues yang dijadualkan berlangsung bulan hadapan bagi menentukan punca sebenar kematian remaja malang itu.

2 months ago
88











![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)














![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

