Gembira menyambut kepulangan isteri tercinta dalam keadaan selamat, usahawan Datuk Mahadi meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila Heliza Helmi akhirnya kembali ke tanah air selepas menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin. Namun, jauh di sudut hati, Mahadi tidak menolak kemungkinan untuk sekali lagi melepaskan Heliza menyertai misi serupa pada masa akan datang demi perjuangan kemanusiaan.

Menurut Mahadi, beliau menyokong sepenuhnya usaha murni Heliza bersama para delegasi GSF yang berjuang membuka mata dunia terhadap kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Katanya, perjuangan itu bukan sekadar simbolik tetapi mempunyai matlamat besar yang perlu difahami oleh masyarakat dunia. “Insya-Allah dengan adanya strategi dan platform yang betul, kita akan terus ikhtiar untuk membantu rakyat Palestin. Paling penting ialah mencapai objektif untuk membuka mata dunia mengenai kesengsaraan rakyat Palestin selain memecahkan sekatan Israel agar bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza,” jelasnya.

Dalam masa sama, Mahadi tidak menafikan rasa kecewa apabila membaca komen negatif segelintir pengguna media sosial yang mempersoalkan keberkesanan misi GSF dan kehadiran aktivis wanita dalam misi tersebut. Baginya, pandangan sebegitu lahir daripada kekurangan kefahaman tentang objektif sebenar misi berkenaan.
“Saya baca komen, antaranya yang berpandangan misi ini merugikan kerana gagal tiba ke Gaza dan mempertikai penyertaan aktivis wanita. Hakikatnya ramai yang masih belum faham objektif GSF. Objektif utama kita nak pecahkan dulu sekatan Israel, kemudian buka mata dunia mengenai kesengsaraan Palestin, selepas itu barulah membuka lebih banyak laluan untuk membawa bantuan sampai ke Gaza,” tegasnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa GSF bukanlah misi pertama seumpamanya sebaliknya sudah pun memasuki kali ke-37 penganjurannya, yang setiap satunya membawa mesej jelas tentang perjuangan kemanusiaan dan solidariti global terhadap Palestin.

Mahadi turut mengucap syukur apabila Heliza selamat tiba di tanah air selepas melalui detik mencemaskan apabila kapal yang dinaiki mereka dipintas tentera Israel sebelum dilayan dengan kejam ketika ditahan. Momen menyambut kepulangan isteri tercinta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam turut diselubungi rasa haru apabila melihat sambutan hangat rakyat Malaysia yang datang memberi sokongan kepada wira-wira kemanusiaan negara.
Terdahulu, seramai 23 delegasi Malaysia misi GSF selamat tiba di tanah air dari Istanbul, Turki selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis. Kesemua mereka termasuk selebriti Zizi Kirana, Ardell Aryana, Heliza dan Hazwani Helmi merupakan sebahagian daripada lebih 500 sukarelawan dari pelbagai negara yang berlayar sejak September lalu bagi menjayakan misi flotilla tersebut. Walaupun berdepan pelbagai tekanan dan layanan kejam sepanjang penahanan, semangat mereka untuk terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin tidak pernah luntur membuktikan bahawa keberanian dan keikhlasan dalam misi kemanusiaan ini jauh mengatasi segala ketakutan.

2 weeks ago
28


![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Comelnya! Wanita Ini Curi Perhatian Selepas Terima Kucing Sebagai Hantaran Kahwin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/9-1.jpg)





![[VIDEO] Tular Produk Ada Tulisan Hebrew, F&N Tampil Jelas Isu Label Gold Coin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/4-7.jpg)












![[VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-36-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)
![[VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-34-1024x576.png)


![[VIDEO] Cik B Kongsi Kisah Hantu Yang Menyerupai Dato Seri Vida-“Nak Gelak Ke Tak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-33-1024x576.png)

![[VIDEO] Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat, Netizen Terhibur-“Dah Macam Bunyi Ayam”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-37-1024x576.png)
![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)
![[VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-38-1024x576.png)

![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)

