Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan segmen terbaru di stesen radio berbahasa Inggerisnya, TRAXXfm.
TRAXXfm Perkenal Segmen Terkini Untuk Golongan Profesional
Dikenali sebagai TRAXX Trade Talk (TTT), segmen ini mula bersiaran sejak 2 September 2025 dan dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Pengarah RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman.
TTT disiarkan dua kali sehari, setiap Isnin hingga Jumaat, pada pukul 7.45 pagi dan 6.45 petang, waktu yang sesuai untuk golongan PMEB (Professional, Manager, Executive dan Business) mendapatkan kemas kini pantas dan berguna sebelum dan selepas waktu kerja mereka.
Padat, Relevan dan Mudah Difahami
via Instagram Suhaimi SulaimanTRAXX Trade Talk menawarkan kandungan yang menyelami isu-isu ekonomi utama dan trend pasaran terkini secara ringkas dan menarik.
Pendengar dapat mengikuti perkembangan seperti ekonomi digital, ESG (environment, social, governance), kelestarian, inovasi serta isu-isu penting dalam rantaian bekalan global dan komoditi.
Tidak ketinggalan, TTT turut menampilkan rumusan harian pasaran, termasuk pergerakan Bursa Malaysia, prestasi Ringgit Malaysia berbanding mata wang asing, dan harga komoditi semasa.
Dengan gabungan tenaga penyampai popular TRAXXfm seperti Double D, Otto dan Els, bersama pembaca berita radio RTM, segmen ini menjanjikan penyampaian yang dinamik dan mudah difahami semua.
Platform Strategik RTM ke Arah Transformasi Digital
Menurut Datuk Suhaimi Sulaiman, TTT merupakan inisiatif strategik yang sejajar dengan usaha RTM memperkukuh kandungan siarannya bagi memenuhi keperluan masyarakat profesional masa kini.
Segmen ini juga mencerminkan usaha berterusan RTM ke arah transformasi digital, keterangkuman kandungan dan kolaborasi industri.
Dengan siaran di frekuensi 90.3 MHz di Lembah Klang dan 100.1 MHz di Selangor, TRAXXfm terus membuktikan komitmennya sebagai penyiar awam yang menyampaikan kandungan berkredibiliti, relevan dan berpaksikan realiti ekonomi semasa.
TRAXX Trade Talk bukan sekadar segmen radio, ia adalah pintu masuk kepada maklumat ekonomi harian yang padat dan bernilai tinggi, sesuai dengan keperluan dan gaya hidup profesional moden hari ini.

1 week ago
37



![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Comelnya! Wanita Ini Curi Perhatian Selepas Terima Kucing Sebagai Hantaran Kahwin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/9-1.jpg)

















![[VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-36-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)
![[VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-34-1024x576.png)


![[VIDEO] Cik B Kongsi Kisah Hantu Yang Menyerupai Dato Seri Vida-“Nak Gelak Ke Tak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-33-1024x576.png)

![[VIDEO] Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat, Netizen Terhibur-“Dah Macam Bunyi Ayam”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-37-1024x576.png)
![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)
![[VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-38-1024x576.png)

![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)

