Pelakon tersohor Datin Seri Umie Aida mengambil pendekatan berbeza apabila memilih untuk tidak hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan rakan selebriti yang baru pulang daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). Menurut Umie, keputusan itu dibuat bukan kerana tidak peduli, sebaliknya sebagai tanda menghormati momen istimewa antara para aktivis dengan keluarga masing-masing.

“Sekiranya mereka tiba di KLIA, biarlah keluarga yang menyambut ketibaan kerana momen itu lebih bermakna untuk mereka,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Online baru-baru ini.
Sebagai tanda penghargaan dan kasih terhadap perjuangan rakan-rakan artis seperti Zizi Kirana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Ardell Aryana, Umie berkata dia akan meraikan mereka dalam sebuah majlis ilmu yang akan diadakan dalam masa terdekat. Baginya, cara itu lebih bermakna dan sesuai dengan perjalanan spiritual mereka yang dikenali sebagai individu berjiwa dakwah dan kuat pegangan agama.
“Kalau orang tanya kenapa majlis ilmu, sebab saya mengenali mereka di situ — dalam kelas agama dan usrah. Disebabkan itu juga, saya mahu sambut mereka dengan cara yang sama. Sebenarnya itulah kebahagiaan sebenar mereka,” katanya dengan nada penuh makna.
Umie yang akrab dengan ramai selebriti berhijab itu turut mengakui hatinya tidak pernah tenang sepanjang tempoh misi flotila berlangsung, terutama selepas berita penahanan mereka oleh rejim Zionis tersebar.

“Saya memang tak boleh tidur mengenangkan keselamatan mereka kerana kita tahu rejim Zionis tiada belas kasihan. Zionis melayan semua aktivis seperti penjenayah, sedangkan yang memiliki senjata dan menindas adalah mereka sendiri,” luahnya.
Beliau turut menyeru masyarakat Malaysia agar tidak pernah berhenti bersuara demi keadilan dan kebebasan rakyat Palestin. Tegasnya, perjuangan kemanusiaan tidak berakhir setakat pembebasan para aktivis, sebaliknya harus diteruskan dengan doa, kesedaran dan tindakan yang berterusan.
ScreenshotTerdahulu, seramai 23 sukarelawan misi GSF termasuk beberapa selebriti tanah air dilaporkan selamat dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis sebelum diterbangkan ke Istanbul, Turkiye menggunakan pesawat khas. Kesemua mereka dijangka tiba di Malaysia sekitar pukul 9.50 malam ini di KLIA, disambut dengan penuh rasa syukur dan keharuan oleh keluarga serta rakyat Malaysia yang menantikan kepulangan wira kemanusiaan negara itu.

2 months ago
108


![[VIDEO] Neera Azizi Bakal Timang Anak Perempuan, Sempat ‘Gender Reveal’ Di Hadapan Kaabah!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/ead24a6b-f409-43cf-b941-a9243a0d28cf.jpg)










![[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/9-1.jpg)

![[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- “Sayang Diri Kita Dulu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-7.jpg)

![[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/0f818463-9a11-4a31-bee0-8e7760c288db.jpg)
















![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)






![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)



