[VIDEO] Afwa Masak Burger Untuk Datuk Khalid, Buatkan Netizen Teruja!

9 hours ago 5

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat.

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Bijaknya Afwa, Seronok betul Dia Masak Untuk Datuk K”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @imsitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 51 ribu, tanda suka sebanyak 418 dan sebanyak 10 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Afwa yang memasak burger untuk ayahnya iaitu Datuk Khalid, namun yang dimasaknya itu hanyalah mainan sahaja dan bukannya makanan sebenar.

@imsitizoner

♬ original sound – Julia – Julia

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Afwa merupakan seorang kanak kanak yang bijak. Tambah mereka lagi, telatah lucu dan comel Afwa membuatkan lagi ramai yang meminatinya itu.

Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak soleh yang taat pada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Apa kata anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |