[VIDEO] Nyanyian Talita Dikritik Netizen!-“Bakat Tidak Dapat Diwarisi, Tiada Aura Penyanyi?”

4 hours ago 5

Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio dan usahawan Malaysia. Beliau ialah bekas ahli kumpulan Sepah yang telah menjadi juara rancangan realiti Raja Lawak musim 3 pada tahun 2009 dan juga Maharaja Lawak pada tahun 2011. Selepas Sepah berpecah, Shuib menganggotai Kumpulan Sepahtu bersama Jep.

Di luar kerjaya hiburan, Shuib berkecimpung dalam bidang perniagaan apabila beliau bersama isterinya, Siti Sarah dan rakan kongsi mereka menubuhkan rangkaian teh susu berasaskan madu lebah, Bubblebee yang mula beroperasi pada 2019 yang mana beliau dan isterinya berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah.

Siti Sarah, bagaimanapun, meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 di HUKM. Pada 23 Jun 2023, Shuib selamat melangsungkan perkahwinan kedua bersama Watie Hanifiah.

“Ramai Macam Lebih Kepada Komen Simpati, Bukan Aura Penyanyi”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @akidaly_ yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 338 ribu, tanda suka sebanyak 26 ribu dan sebanyak 881 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Talita yang menyanyikan lagu ibunya itu ketika membuat konsert di Singapura baru-baru ini.

@akidaly_

Thalita Shuib – Kesetiaan #konsertajaimegafriends #fypシ゚ #foryou #fyp #thalitashuib

♬ original sound – AkidAlyOfficial – AkidAlyOfficial

Rata-rata netizen meninggalkan komen negatif ketika mendengar nyanyian Talita itu. Mereka mengatakan bahawa bakat nyanyian ibunya tidak diwarisi dan Talita hanya sekadar boleh menyanyi namun tidak semerdu ibunya itu.

Apa-apa pun, itu hanyalah pendapat dari netizen sahaja. Walaupun begitu, ramai juga yang memuji bahawa suara Talita semakin sedap di dengar dari sebelum ini. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |