Selepas menghangatkan pentas di empat kota utama Indonesia, Tur SAMA SAMA kini bersiap sedia untuk mencipta sejarah baharu di Malaysia!
Lima Pemuzik Hebat, Satu Pentas Bersejarah
via OPR NETWORKPada 5 Disember 2025, lima bintang besar dari dunia muzik Nusantara — Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf — akan menggamatkan Idea Live Arena, Kuala Lumpur.
Konsert yang dinanti-nantikan ini bukan sekadar persembahan biasa, tapi sebuah kolaborasi unik yang menampilkan gabungan suara dan gaya lima pemuzik dengan keunikan tersendiri.
Lebih menarik, ini merupakan kali pertama mereka tampil dalam format kolaborasi eksklusif yang hanya boleh disaksikan menerusi Tur SAMA SAMA.
Konsert Eksklusif yang Tak Patut Dilepaskan
via OPR NETWORKTur SAMA SAMA bukan sekadar tempat pemuzik mempersembahkan lagu-lagu hit masing-masing, tetapi juga satu pentas di mana mereka akan bertukar lagu, berduet dan mencipta susunan baharu khas buat peminat.
Format dinamik — solo, duet, trio hingga kuintet — dijanjikan akan membawa pengalaman muzik yang segar dan luar biasa.
Penganjur bersama iaitu PT Expo Indonesia Jaya, Thrive, dan Tiga Dua Satu berkongsi keterujaan kerana berjaya membawa lima figura muzik ini ke Malaysia, setelah kejayaan luar biasa yang diraih di Indonesia.
Buat peminat muzik berkualiti, ini adalah momen yang wajib disaksikan secara langsung.
Tiket Sudah Mula Dijual – Jangan Lepas Peluang!
via OPR NETWORKBerita baik untuk peminat: tiket pra-jualan Tur SAMA SAMA sudah pun mula dijual sejak 29 September 2025 dengan harga bermula RM228.
Terdapat 11 kategori tiket menarik seperti Bronze, Crystal, Diamond, Emerald dan banyak lagi, yang boleh dibeli melalui aplikasi BBO EVENTS atau laman rasmi samasamatur.com.
Pra-jualan akan berlangsung hingga 2 November 2025, jadi jangan tunggu lama! Ikuti @samasamatur dan @thriveevents_my di media sosial untuk info terkini.
Ayuh, jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada konsert kolaborasi paling epik tahun ini. Sampai jumpa di Idea Live Arena, Kuala Lumpur!

1 month ago
109


![[VIDEO] Neera Azizi Bakal Timang Anak Perempuan, Sempat ‘Gender Reveal’ Di Hadapan Kaabah!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/ead24a6b-f409-43cf-b941-a9243a0d28cf.jpg)










![[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/9-1.jpg)

![[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- “Sayang Diri Kita Dulu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-7.jpg)

![[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/0f818463-9a11-4a31-bee0-8e7760c288db.jpg)
















![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)






![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)



