Pelakon Zain Saidin mengimbas kembali kenangan paling bermakna dalam hidupnya apabila berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Palestin pada tahun 2012, pengalaman yang disifatkan sebagai sebuah perjalanan rohani penuh makna dan keinsafan. Menurut Zain atau nama sebenarnya Mohammad Zain Mohd Saidin, 41, misi kemanusiaan yang disertai bersama dua lagi rakan artis, Bront Palarae dan Afdlin Shauki, bukan sekadar misi bantuan, tetapi satu pengalaman yang mengubah pandangannya terhadap makna perjuangan dan keimanan.

“Mungkin ramai tidak tahu, saya pernah ke Gaza pada 2012, waktu itu saya belum berkahwin. Saya pergi bersama Bront dan Afdlin dalam satu misi kemanusiaan. Dapat jejak kaki di Palestin adalah pengalaman paling indah. Waktu itu kami masuk menggunakan jalan darat, tapi sekarang jalan itu sudah ditutup, sebab itu misi Global Sumud Flotilla terpaksa ikut laluan laut,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.
Zain berkata, suasana ketika menjejakkan kaki di bumi bergolak itu membuatkannya terasa seperti berada di Tanah Suci Mekah, penuh rasa keinsafan dan getaran jiwa. “Pergi ke sana rasa seperti pergi ke Mekah, penuh getar dan keinsafan. Seronok sebab dapat buat sesuatu untuk agama. Rakyat Palestin pula menyambut kami dengan begitu baik dan mesra,” ujarnya.

Pelakon drama Kiah Pekasam itu turut berkongsi detik menyayat hati apabila menyaksikan sendiri kesan pengeboman yang berlaku beberapa hari sebelum ketibaan mereka.
“Beberapa hari sebelum kami sampai, Palestin baru sahaja dibom. Ada kawasan yang hancur, rumah musnah. Saya dibawa ke perairan laut dikawal kapal tentera Israel dan dapat lihat sendiri betapa tegangnya suasana. Saya juga melawat rumah ibu-ibu yang kehilangan anak dan suami. Mereka cerita dengan tenang bagaimana keluarga mereka dibunuh. Saya menangis waktu itu, tapi mereka kata ‘jangan menangis, kenapa kamu menangis?’,” katanya sebak.
Zain mengakui meskipun dihantui rasa takut, dia menyerahkan segalanya kepada takdir dan kepercayaan penuh kepada Allah. “Ketika di sana, siapa yang tak takut mati? Tapi saya reda. Saya serahkan segalanya kepada Allah,” katanya lagi.
Menurut suami kepada pelakon Rozita Che Wan itu, pengalaman tersebut memberi kesan mendalam terhadap dirinya apabila melihat ketabahan luar biasa rakyat Palestin yang hidup dalam ketakutan tetapi tetap tenang dan berpegang teguh kepada keimanan.
“Ada satu malam, saya, Bront dan Afdlin dengar bunyi dron. Orang tempatan kata mungkin dron itu bawa bom. Saya terkejut, tapi mereka selamba kata, ‘jangan takut, kalau ada bom, kami akan tangkap’. Melihat semangat mereka, saya rasa begitu malu dengan diri sendiri. Betapa kuatnya iman orang Palestin, mereka berani, sabar dan sangat percaya dengan ketentuan Allah,” kongsinya.

Kenangan itu kembali segar dalam ingatan Zain selepas mendengar berita mengenai pembebasan 23 sukarelawan Malaysia di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Zionis sejak 2 Oktober lalu. Kesemua mereka, termasuk selebriti Zizi Kirana, Ardell Aryana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi, tiba di tanah air semalam sekitar pukul 10.13 malam selepas transit di Istanbul, Turkiye. Mereka antara lebih 500 sukarelawan antarabangsa yang berlayar sejak September lalu bagi menghantar bantuan makanan dan perubatan ke Gaza sebelum kapal mereka dipintas serta dilayan kejam oleh tentera Israel.

2 weeks ago
43


![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Comelnya! Wanita Ini Curi Perhatian Selepas Terima Kucing Sebagai Hantaran Kahwin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/9-1.jpg)





![[VIDEO] Tular Produk Ada Tulisan Hebrew, F&N Tampil Jelas Isu Label Gold Coin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/4-7.jpg)












![[VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-36-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)
![[VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-34-1024x576.png)


![[VIDEO] Cik B Kongsi Kisah Hantu Yang Menyerupai Dato Seri Vida-“Nak Gelak Ke Tak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-33-1024x576.png)

![[VIDEO] Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat, Netizen Terhibur-“Dah Macam Bunyi Ayam”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-37-1024x576.png)
![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)
![[VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-38-1024x576.png)

![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)

![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)

