Kerana Puteri Diana, Dua Aktor Hollywood Kacak Ini Hampir Bergaduh

12 hours ago 8

Tak dinafikan Puteri Diana telah memikat dunia dengan gaya serta keperibadiannya, dan selebriti Hollywood tidak terkecuali.

Dalam buku baharu Dianaworld: An Obsession, diterbitkan pada 29 April 2025 oleh Edward White, mendokumenkan kehidupan Puteri Diana dan membawa anekdot yang tidak diketahui dunia.

Salah satu kejadiannya adalah insiden melibatkan dua aktor Hollywood iaitu Slyvester Stallone dan Richard Gere.

Foto – Pinterest

Insiden itu berlaku semasa pesta pada tahun 1990-an, di mana Slyvester dan Richard telah bergaduh kerana Puteri Diana. Dalam buku tersebut, suami Elton John iaitu David Furnish telah menyaksikan “Diana Effect” yang digambarkan sebagai fenomena di mana lelaki “seolah-olah hilang akal sepenuhnya di hadapannya”.

Foto – Cambridge News

Ketika insiden itu, Puteri Diana telah pun berpisah dengan Raja Charles III. Menurut David, Slyvester datang ke pesta itu dengan niat untuk mendekati Puteri Diana dan berasa sangat marah apabila melihat Richard berbual mesra dengan puteri itu.

Situasi menjadi tegang sehingga kedua-duanya hampir bergaduh. Slyvester dilaporkan berkata dia tidak akan datang jika dia tahu, “Putera f—— Charming (merujuk kepada Richard) berada di sini”.

Foto – People

Pada masa yang sama, Elton juga menyatakan bagaimana dia berpeluang untuk menyaksikan apa yang disebut sebagai “Diana Effect” di hadapannya.

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |