Tak Bergaduh, Tapi Saya Tetap Tuntut Fasakh” –Mas Idayu Akui Bukan Salah Orang Ketiga!

11 hours ago 6

Penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu akhirnya membuka mulut mengenai punca sebenar perpisahannya dengan bekas suami, Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, yang disahkan bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam. Menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya wujud orang ketiga sebagai punca keretakan rumah tangganya, Mas Idayu menjelaskan bahawa tuntutan fasakh telah dibuat sebelum program realiti Famili Duo bermula.

Ujarnya, proses ke mahkamah dibuat secara terbuka tetapi tidak dihidu mana-mana pihak kerana menurutnya, Allah melindungi aib mereka. Malah, suasana ketika menghadiri perbicaraan itu langsung tidak tegang, malah kedua-duanya boleh bergurau dan ketawa.

Penyanyi lagu Cintaku 100% itu menegaskan dia tidak menyorok hal perceraiannya, namun merasakan ketika itu belum sesuai untuk berkongsi kepada umum. Tambahnya lagi, tiada sesiapa perlu dipersalahkan atau dituduh kerana dia yakin dirinya layak memohon perceraian dan perpisahan berlaku dalam keadaan baik.

Mas Idayu turut menyentuh soal kecaman netizen yang menuding jari kepadanya sebagai punca keretakan rumah tangga tersebut, sedangkan hakikatnya dia sendiri tidak pernah garang terhadap suami. Dia menyifatkan sikap garangnya hanya ditunjukkan ketika bekerja, terutama ketika menjadi juri dalam program hiburan.

Meskipun telah dua kali gagal dalam perkahwinan, Mas Idayu tenang menerima takdir dan meluahkan rasa syukur apabila perceraian kali ini diselesaikan dengan cara yang baik. Katanya, untuk membina rumah tangga yang kukuh, ilmu agama sangat penting agar setiap pasangan memahami tanggungjawab mereka.

Beliau juga menegaskan tidak menyimpan dendam dan hanya mahukan kebahagiaan masing-masing. Mas Idayu dan Sufian mendirikan rumah tangga pada September 2022 selepas perkenalan yang bermula sejak program Mentor 3 pada 2008 dan kembali rapat pada tahun 2021. Sebelum itu, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka dan mempunyai seorang anak perempuan. Sufian pula sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama personaliti TV, Intan Suraya, dan dikurniakan seorang anak.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |