Konsert BCL: Eternal Love, Timeless Romance Berjaya Sentuh Emosi Ribuan Peminat

6 days ago 27

Dewan Plenary Kuala Lumpur Convention Centre pada malam Ahad baru-baru ini dipenuhi dengan pelbagai emosi dan magis menerusi konsert istimewa ‘Eternal Love, Timeless Romance’ yang dipersembahkan oleh penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) buat ribuan peminat.

Dianjurkan oleh Pulse Project Asia, konsert ini turut diserikan dengan kehadiran bintang terkenal tanah air, Jaclyn Victor menerusi Love Story dan diiringi persembahan penuh emosi 12 Tahun Terindah bersama pemuzik ternama, Dennis Lau.

Pukau Ribuan Peminat Selama Hampir 2 Jam

Konsert yang berlangsung selama hampir dua jam itu berjaya membuatkan peminat tenggelam dalam emosi termasuklah membawa peminat bersama dalam kisah cinta sejatinya bersama arwah suami, aktor Allahyarham Ashraf Sinclair menerusi lagu Wanita Terbahagia.

“Lagu Wanita Terbahagia ini saya hadiahkan kepada arwah suami saya. Kehadiran Ashraf dan Noah (anak) menjadikan saya wanita paling bahagia.

Hidup ini tak seperti yang kita rancang. Saat kehilangan Ashraf, ia begitu mengejutkan.  Ketika melalui fasa kehilangan, saya menulis setiap hari  sebagai cara untuk mengubati kesedihan.-kata Bunga dengan sebak

Buka Lembaran Baru Bersama Tiko

Di sebalik ujian yang menimpa di atas kehilangan Ashraf, Bunga kembali membuka lembaran baharu dengan bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana pada 2 Disember 2023 di Bali Indonesia.

“Lagu dan video yang saya paparkan malam ini bukan untuk menangis tetapi hanya mahu kongsikan dengan semua mengenai perjalanan hidup dan bagaimana saya membuka lembaran baru.”-kata Bunga lagi

Bunga Citra Lestari mempersembahkan sebanyak 17 buah lagu hit termasuklah Ingkar, Cinta Sejati, Selalu Ada Di Nadimu, Memulai Kembali, Kerana Ku Cinta Kau.

Selain Jaclyn Victor dan Dennis Lau, konsert ‘Eternal Love, Timeless Romance’ turut dimeriahkan dengan penyanyi fenomena Indonesia, Fajar Noor dan penyanyi terkenal, Yuna.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |