Airbnb Dedah Malaysia Negara Paling Dikunjungi oleh Tetamu Airbnb Tempatan Pada 2024

12 hours ago 9

Minat rakyat Malaysia terhadap percutian dalam negara semakin meningkat, menurut data terbaharu dari Airbnb yang mendedahkan Malaysia sebagai negara paling banyak dikunjungi oleh tetamu tempatan melalui Airbnb pada tahun 2024.

Kecenderongan Meneroka Lokasi Tempatan

Trend ini menunjukkan kecenderungan pelancong untuk meneroka lokasi tempatan, termasuk destinasi kurang dikunjungi dan kaya dengan keindahan alam.

Walaupun bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kekal popular, tempat seperti Hulu Langat (Selangor) dan Kinta (Perak) turut mencatatkan peningkatan ketara dan kini tersenarai dalam 10 destinasi tempatan paling dikunjungi.

Ini mencerminkan perubahan ke arah pelancongan lebih bermakna, santai dan berunsur semula jadi.

KL Sebagai Salah Satu Bandar Paling Banyak Ditempah

via Wikivoyage

Di peringkat antarabangsa, rakyat Malaysia paling gemar melancong ke Jepun, Korea Selatan, Thailand, Indonesia, dan Australia.

Sementara itu, Kuala Lumpur turut mencatatkan status sebagai salah satu tiga bandar paling banyak ditempah di Asia Tenggara oleh tetamu Airbnb antarabangsa, bersama Bangkok, sekali gus menegaskan kedudukan Malaysia dalam pelancongan serantau.

Menurut Amanpreet Bajaj, Ketua Negara Airbnb bagi India dan Asia Tenggara, peningkatan ini didorong oleh generasi milenial yang mengutamakan pengalaman pelancongan yang lebih fleksibel dan peribadi.

Peningkatan Bilangan Pelancong Ke Malaysia

via Traveloka Malaysia

Malah, penginapan jangka panjang meningkat lebih 17% manakala pengembaraan solo melonjak hampir 31% berbanding tahun lalu.

Pelancong antarabangsa ke Malaysia pula paling ramai datang dari Singapura, China, Indonesia, Amerika Syarikat dan Korea Selatan, dengan destinasi tumpuan termasuk Johor Bahru, Pulau Pinang, Petaling Jaya, Melaka, Langkawi dan Kuching.

Dengan landskap pelancongan yang semakin pelbagai dan fleksibel, Malaysia dilihat bersedia menyambut lebih ramai pelawat menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |