Anak Sheila Majid Selamat Bertunang, Rakan Selebriti Banjiri Ruangan Komen!

10 hours ago 8

Penyanyi Datuk Sheila Majid, menitipkan rasa syukur selepas puteri sulungnya, Kayda Aziz selamat mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya, Syafiq.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Sheila Majid di Instagram, turut memaparkan penampilan anak perempuannya yang anggun mengenakan busana berwarna merah jambu dalam majlis pertunangan yang berlangsung di sebuah restoran di ibu kota, malah penyanyi legenda ini sempat menitipkan doa agar segala urusan puteri sulungnya itu dipermudahkan.

“Dia sudah bertunang! 💍 Syukur Alhamdulillah ❤️❤️ Semoga Allah permudahkan segala urusan 🤲🏼.”-tulis Sheila Majid di Instagram

Dibanjiri Ucapan Tahniah & Doa

Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan selebriti seperti Ning Baizura, Anuar Zain, Che Puan Sarimah Ibrahim, Datuk Noryn Aziz, Ella dan ramai lagi dilihat membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa buat Kayda dan pasangannya yang bakal bergelar suami isteri kelak.

“Congratulations to the newlyweds 🔥❤️.”-Ning Baizura

“Tahniah Sheils dan Kayda. Semoga Allah merahmati segala urusan. Aamin Aamin. Tumpang bahagia ❤️😍😘.”-Anuar Zain

“Alhamdulillah congrats! Sheillss and Kayda ❤️❤️.”-Datuk Ziela Jalil

“Alhamdulillah cantiknya diaa 😍😍.”- Che Puan Sarimah Ibrahim

“MasyaAllah congratulation for lovely Kayda and happy parents Kak Sheila. InsyaAllah dimudahkan dan diredhai Allah.”

“Semoga pertunangan ini menjadi titik permulaan bagi kehidupan yang bahagia dan berkekalan.”

Sekadar info, Kayda merupakan puteri sulung kepada Sheila Majid menerusi perkahwinan terdahulu bersama seorang komposer, Roslan Aziz yang berkahwin pada tahun 1989 sebelum berpisah pada tahun 2000. Kayda turut mempunyai seorang adik lelaki, Megat Abdul Majid yang telah berkahwin pada tahun 2022.

Sheila kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama komposer, Datuk Hashridz Murshim Hassim pada 2003, dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen dan Khalifa Laila.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |