Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle membuat perkongsian istimewa ketika menjalani latihan menembak di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 baru-baru ini.
Diana menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa, dia melalui masa yang terbaik ketika menjalani latihan PLKN pada tahun 2009 dan mahu kembali melakukannya jika diberikan peluang.
“Kembali dengan PLKN 3.0! Kali ini di padang menembak. Saya mempunyai masa yang terbaik sepanjang tempoh PLKN saya. Jika diberi peluang, saya akan melakukannya sekali lagi cuma itulah, saya jauh dari age bracket sekarang 😂
Berasal dari latar belakang yang sederhana, saya benar-benar memahami apa itu kesusahan. Dalam kehidupan, kita tidak boleh sentiasa mudah. Kena juga rasa susah dulu. Di situlah ketahanan dibina. Begitulah cara empati membesar.”-kongsi Diana di Instagram
“Best Weyh Menembak…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemahiran Diana dalam mengendalikan senjata dan menembak, malah ramai yang turut meluahkan rasa rindu ketika menjalani latihan PLKN yang merupakan inisiatif kerajaan dalam melatih dan membentuk golongan muda.
“Fuyoo terer.”
“Rindunya PLKN, kalau diberi peluang nak join lagi laa.”
“Terbaik lah. Semoga dipermudahkan segala urusan.”
“Last-last tembak tangan kanan ke?.”
“Eh bestnya dia dah slim. Aku yang belum ni.”
“M16 memang best.”
“Gambar ke-3 macam Lara Croft.”
“Best weyh menembak.”
“Teringat lah dulu masuk PLKN, tembak target entah ke mana cuma nak habiskan peluru yang ada.”
“Pandai awak tembak.”
Sekadar info, Diana Danielle merupakan salah seorang pelatih yang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKL) Kumpulan 2 Siri 6/2009 di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang pada tahun 2009.
Apa yang lebih menarik, pelakon ini turut diberi kepercayaan untuk menjawat Timbalan Penghulu Wirawati atau ‘Penjaga No.2’ kepada semua pelatih perempuan.
Apa komen anda? Bagaimana pengalaman anda menjalani Program Latihan Khidmat Negara?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.