Bekas pelakon popular Singapura, Ian Fang, kini menjadi perhatian selepas menyerah diri untuk menjalani hukuman penjara selama 40 bulan. Pelakon yang pernah mencuri perhatian ramai ini kini berdepan realiti pahit akibat perbuatan lamanya yang melibatkan remaja bawah umur.
1. Akui Bersalah
Ian Fang, atau nama sebenarnya Fang Wei Jie, tampil di Mahkamah Negeri hari ini ditemani seorang wanita yang dipercayai ibunya. Beliau mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan hubungan seksual dengan remaja bawah umur, selain satu pertuduhan menghendap dan satu lagi kerana cuba menghalang siasatan.
Tiga lagi pertuduhan turut diambil kira dalam hukuman, menjadikan jumlah kesalahan beliau lebih berat. Semua perbuatan tersebut dikatakan berlaku selepas beliau berkenalan dengan mangsa dalam sebuah acara hiburan.
2. Berlaku Ketika Jadi Guru di Sekolah Kanak-Kanak
Ketika insiden berlaku, Ian bekerja sebagai guru lakonan di sebuah sekolah peragaan kanak-kanak yang menerima pelajar berumur antara 4 hingga 14 tahun. Kedudukannya ketika itu jelas menunjukkan unsur salah guna kuasa dan kepercayaan yang diletakkan padanya sebagai tenaga pengajar.
3. Ian Tampil Mohon Maaf, Mahu Peluang Kedua
Sebelum dibawa masuk ke penjara, Ian sempat membuat kenyataan kepada media sambil menunduk sebagai tanda kesal.
“Saya akan cuba sedaya upaya jadi versi lebih baik daripada diri saya yang dulu. Ini satu kesilapan besar yang sangat mahal dan saya perlu bayar harganya. Saya harap orang ramai boleh beri saya peluang kedua.”
Sebelum ini, Ian Fang pernah dikenali sebagai pelakon serba boleh dan memiliki kelompok peminat tersendiri. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau menjauhkan diri dari industri hiburan dan mengekalkan profil rendah sehinggalah kes ini mula dibicarakan secara terbuka.
Undang-undang Singapura Tentang Kes Ini

Sebagai info, di Singapura, hubungan seksual dengan kanak-kanak bawah umur 14 tahun adalah kesalahan serius mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan. Hukuman berat dikenakan bagi melindungi golongan muda daripada eksploitasi seksual.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.