Nama penyanyi dan pelakon terkenal, Naim Daniel, menjadi perhatian sejak tiga minggu lalu selepas dikaitkan dengan kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah hotel di Selangor pada 19 Mei 2025, sekitar jam 8.56 malam, seperti yang dilaporkan dalam laporan polis oleh ibu mangsa.
Naim Mengaku Tidak Bersalah
Setelah pelbagai spekulasi bertebaran, Naim Daniel, akhirnya hadir di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Selasa lalu, bagi mendengar pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Menurut Kosmo, jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Naim bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kundasamy.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dan memerintahkan supaya pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.
Menghormati Proses Mahkamah

Naim juga turut menyatakan bahawa dia berada dalam keadaan baik dan tidak akan mengulas lanjut kerana menghormati proses mahkamah.
Susulan kes tersebut, satu video rakaman skrin di TikTok memaparkan pelakon Sharnaaz Ahmad ditanya tentang isu yang sedang hangat ini dalam sesi siaran langsungnya.
Menurut Sharnaaz, beliau bukan nak berkata apa-apa yang berkaitan dengan Naim Daniel, tetapi dia cuma mengulas mengenai isu semasa yang berlaku sekarang.
Ini bukan nak cerita pasal Naim ke apa.
Budak perempuan zaman sekarang ini, 17 macam 70 tahun muka.
Boleh tak jadi kanak-kanak yang ‘happy’, pakai yang normal sikit.
Kena Tunjuk Salinan Kad Pengenalan

Malah menurunya lagi, budak perempuan yang bawah umur sekarang sudah pandai ‘dress up’ sehingga menampakkan mereka seolah-olah sudah matang.
Aku bukan nak cakap apa tau, kadang-kadang budak perempuan zaman sekarang ini, umur 17, 16, dia punya cara pakaian kalah umur 30 lebih.
Yang hang gi ‘dress up’ kita pon jadi confuse.
Lain kali kalau nak bercinta dengan aku tunjuk IC dulu.
Budak perempuan zaman sekarang ini tidak boleh dipercayai mengenai umur.
Sharnaaz juga turut berseloroh dengan mengatakan jikalau ada sesiapa yang mahu bercinta dengannya, perlu menunjukkan kad pengenalah terlebih dahulu untuk mengelakkan berlakunya percintaan dibawah umur.
Sharnaaz juga turut menyatakan bahawa beliau tidak mahu pandai-pandai memberi komen mengenai perkara yang melibatkan Naim dan mendoakan mangsa dan Naim dalam keadan baik dan tunggu keputusan dari pihak keadilan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.