Fizo Omar Bersyukur Isteri Selamat Timang Bayi Lelaki-“Isteri Tersayang Yang Banyak Berkorban..”

7 hours ago 5

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada pagi semalam di sebuah pusat swasta di Selangor.

Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Fizo menerusi hantaran di instagram, menitipkan rasa syukur bayi lelaki yang dilahirkan oleh isterinya Fazeera yang seberat 3.52 kilogram itu dipermudahkan Allah SWT.

“Terima kasih di atas doa semua. Semalam pada jam 5.19 petang, 17 Jun 2025, isteri saya Fazeera Nazri Azrai telah pun seamat bersalin secara normal di Andorra Hospital bersama Dr Kamsiah Muda.

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan proses kelahiran bayi lelaki seberat 3.52kg. Satu moment yang sangat berharga buat saya sebagai ayah, apabila lagi sekali diberi peluang oleh Dr Kam untuk saya menyambut kelahiran dengan menarik sendiri baby keluar dari alam rahim ibunya..”-kongsi Fizo di Instagram

“My Lovely Wife Yang Banyak Berkorban…”

Akui sukar menggambarkan perasaannya ketika melihat zuriatnya sendiri dilahirkan, Fizo turut menitipkan rasa bangga kepada isterinya yang banyak berkorban menjaga anak-anak dalam keadaan sarat hamil dan dalam masa yang sama menyambung pelajaran dalam peringkat Masters di Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Masyallah satu perasaan yg amat sukar untuk saya gambarkan. Perasaan excited, sedih, hiba dan bangga semuanya bercampur baur saat melihat zuriat kita sendiri dilahirkan.

Alhamdulilah syukur rezeki dari Allah, 3 girls and 1 boy datangnya bersama rezeki setiap anak yang dilahirkan dan juga rezeki kebahagian yg melimpah ruah . Ameen.

Credit tu wanita hebat, my lovely wife yang banyak berkorban menjaga anak-anak dalam keadaan sarat mengandung dan dalam masa yang sama menyambung pelajaran lagi di peringkat Masters di UKM.”-kongsi Fizo lagi

Alhamdulillah tahniah buat Fizo dan isteri, semoga ibu dan bayi baru dilahirkan berada dalam keadaan baik dan sihat…

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |