Gara-Gara Watak ‘Dangal’, Aamir Khan Tuduh SRK & Salman Khan Sabotaj Kariernya

7 hours ago 4

Filem Aamir Khan, iaitu ‘Dangal’, telah kekal menjadi salah satu filem yang paling berjaya dalam pawagam India. Filem tersebut telah menarik perhatian ramai apabila ia mengisahkan kehidupan Mahavir Singh Phogat yang dilakonkan oleh Aamir Khan dan anak-anak perempuannya.

Bagaimanapun untuk filem itu, Aamir mendedahkan pada mulanya dia keberatan untuk mengambil projek tersebut apabila dia mengesyaki Salman Khan dan Shah Rukh Khan (SRK) telah menghantar pengarah filem ‘Dangal’ dengan skrip untuk menamatkan kerjayanya.

Foto – India Today

Semasa muncul dalam temu bual dengan saluran podcastJust Too Filmy‘, Aamir ditanya sama ada pilihan filemnya selari dengan jangkaan penonton. Aamir menjelaskan dia sentiasa mengikut nalurinya dengan memenuhi trend seperti filem ”Lagaan’, ‘Peepli Live’ dan ‘Dangal’ sebagai filem yang dia kejar berdasarkan keyakinan peribadi dan bukannya ramalan box-office.

Foto – NDTV

Apabila menyetuh tentang ‘Dangal’, Aamir mengakui dia sangat menyukai skrip filem itu tetapi dia masih belum bersedia untuk memainkan watak “Mahavir Singh Phogat”. Tambahnya, dia baru sahaja menamatkan penggambaran filem “Dhoom 3”, di mana dia masih kelihatan lebih muda dan cergas.

Disebabkan oleh itu, dia teragak-agak untuk memainkan watak “Mahavir” yang menggambarkan dirinya sebagai seorang bapa yang semakin tua dengan sosok tubuh yang lebih gempal.

Foto – Catch News

Dengan guraunya, Aamir juga berkata dia mengesyaki pengarah filem itu, Nitesh Tiwari, telah dihantar oleh ‘musuhnya’ iaitu SRK dan Salman untuk mensabotaj kariernya sebagai salah seorang pelakon Bollywood yang terkenal.

“Saya sangkakan Salman atau orang SRK yang mahu menggulingkan saya.”

Foto – The Indian Express

Manakala Nitesh pula menegaskan dia hanya mahu Aamir untuk melakonkan watak itu walaupun terpaksa menunggu pelakon itu bertahun-tahun lamanya. Walaupun pada awalnya dia agak keberatan, Aamir akhirnya bersetuju untuk melakonkan watak “Mahavir Singh Phogat”.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |