“Get Well Soon Teman Sekerja” – Fattah Amin Lawat Dan Beri Bunga Pada Amirah Othman Di Hospital

7 hours ago 5

Pelakon dan penyanyi popular, Fattah Amin mencuri perhatian ramai selepas berkongsi momen beliau melawat rakan seindustri, Amira Othman yang sedang dirawat di hospital. Perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya @fattahaminz memperlihatkan Fattah hadir dengan sejambak bunga sebagai tanda sokongan dan mendoakan kesembuhan buat Amirah.

“Get well soon teman sekerja 🙏🏻 Semoga cepat sihat dan kembali bekerja 💐” Kapsyen Fattah Amin

Amira yang kini dirawat, kelihatan gembira menerima kunjungan Fattah. Kehadiran aktor itu nyata mengukir senyuman di wajahnya seakan lebih ceria dengan kehadiran bunga segar dan kata-kata semangat daripada sahabat.

Netizen Dan Rakan Artis Terhibur Di Ruangan Komen

Seperti biasa, ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada peminat dan rakan-rakan selebriti. Ada yang memuji sikap prihatin Fattah, ada yang mendoakan kesembuhan buat Amira, tak kurang juga yang sempat ‘mengusik’ dengan gurauan mesra.

“Sweetnya Fattah, dah macam drama pukul 7”

“Cepat sembuh Amirah! Tak sabar nak tengok korang buat content balik”

“Okay kita buat-buat tak faham. Semoga cepat sembuh Amira”

“Yang dapat bunga Amirah tapi kenapa ramai yang rasa bahagia tu”

“Tulip simbol cinta yang mendalam, 8 kumtum maksud I Love You”

Beberapa nama popular turut meninggalkan komen seperti Liyana Jasmay, Elly Mazlein dan Hael Husaini, yang rata-rata terhibur dengan momen spontan tersebut sambil mendoakan kesembuhan buat Amirah.

Sokongan Moral Dalam Industri Hiburan

Tindakan Fattah Amin ini dilihat sebagai contoh positif dalam industri hiburan tanah air, menunjukkan bahawa persahabatan dan keprihatinan sesama rakan selebriti masih utuh walaupun masing-masing sibuk dengan jadual kerja.

Semoga Amira Othman segera sembuh dan kembali aktif berkarya. Dan semoga juga nilai-nilai seperti empati dan sokongan sebegini terus menjadi budaya dalam kalangan artis tanah air.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |