Tiada siapa tahu, di sebalik nama besar penyanyi John Lennon dan Yoko Ono, ada sebuah kisah tragis yang melibatkan anak perempuan Yoko iaitu Kyoko Ono. Jika kamu nak tahu, semasa anak perempuan Yoko masih kecil, dia telah dibawa lari dan mereka bertemu semula ketika Kyoko berusia 30 tahun.
Semuanya bermula ketika Kyoko berusia 7 tahun. Ketika itu bapa kandungnya, Anthony Cox telah menculiknya kerana tidak dapat menerima keputusan hak penjagaan Kyoko daripada mahkamah.

Ketika Kyoko diculik dan dibawa lari oleh Anthony, Yoko dan John segera berpindah ke New York untuk mencari anak perempuannya. Tetapi pencarian mereka tidak mudah kerana tanpa media sosial dan petunjuk, usaha mereka seperti sia-sia.
“Apabila orang mendengar cerita saya, mereka tidak daham bagaimana keadaan sebelum adanya Facebook. Ibu saya dan John melakukan banyak perkara untuk menarik perhatian saya”, kongsi Kyoko.

Anthony yang berkahwin semula dengan Melinda Kendall pada masa itu, telah melarikan Kyoko dari Sepanyol hingga ke Amerika Syarikat, daripada satu komuniti agama ke yang lain. Apabila Yoko dan John berjaya menjejaki Kyoko, Anthony ditangkap kerana menculik anak mereka sendiri.
Kes ini kemudiannya dibawa ke mahkamah dan Kyoko yang kecil ketika itu terpaksa memilih dengan siapa dia mahu tinggal bersama dan dia memilih bapanya. Anthony membawa Kyoko kembali ke Amerika dan mula bersembunyi daripada undang-undang.

Mereka tinggal dalam pelbagai komuniti agama termasuklah The Living Word Fellowship iaitu sebuah ajaran sesat yang dibubarkan kerana skandal penderaan seksual. Selepas dia menjadi dewasa dan berkahwin, barulah Kyoko menghubungi ibunya semula.
Mahu memperbaiki hubungan yang telah lama, Kyoko yang ketika itu berusia 30 tahun mula meluangkan masa bersama dengan Yoko. Kini Kyoko tinggal dengan tenang jauh dari tumpuan. Dia mempunyai dua anak.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.