“Lagi Lama Tenung Lagi Nampak”- Wajah Siti Nurhaliza Dikatakan Mirip Penyanyi Amerika Ini

2 days ago 16

Beberapa hari yang lalu, Murai ternampak satu post di platform Thread yang mengatakan seorang penyanyi wanita Amerika, dikenali sebagai Addison Rae, mempunyai rupa paras mirip seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dalam post tersebut, seorang pengguna Thread, @farhanrzman, berkongsi tangkapan skrin wajah Addison yang sedang ditemu bual mengenai perjalanan album lagunya. Dalam tangkapan skrin tersebut, jelas terpancar kemanisan wajahnya seperti Biduanita Negara kita.

Foto – @farhanrzman (Threads)

Bagi Murai, persamaan antara mereka berdua mungkin terletak di bahagian dagu, di mana Datuk Seri Siti Nurhaliza juga memiliki bentuk dagu yang sama iaitu dagu terbelah. Bentuk dagu seperti ini sangatlah unik dan secara tidak langsung menaikkan lagi seri wajah.

Kemudian, persamaan mereka yang lain juga terletak di bahagian mata dan hidung. Betullah seperti apa yang dikatakan oleh @farhanrzman, jika tenung dengan lebih lama, memang ada persamaan mereka!

Foto – Kosmo / Vogue

Dan apabila menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna platform Threads turut menyatakan pendapat mereka mengenai persamaan wajah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Addison.

“Dengan dagu lekuknya, memang ada iras @ctdk”, komen @soulred916.

“Salah seorang dari kembar 7 di dunia”, komen @mizz_rits_.

“Macam tokti campur Cik Epal je”, komen @raihanzakiah.

Selain daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, ada juga beberapa pengguna Threads yang lain mengatakan wajah Addison turut menyerupai beberapa selebriti dan juga influencer seperti Faezah Elai, Kamari Sky dan Urassaya Sperbund.

Bagaimana pula dengan kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |