Panggung Purnama: Fasa 1 ‘Main Kasar’ Tampilkan Bilal Indrajaya Sebagai ‘Peluru Perdana’

5 hours ago 3

Peminat muzik Nusantara bakal disajikan dengan malam istimewa menerusi Panggung Purnama, sebuah konsert sulung anjuran UdaraLaskhar yang bakal berlangsung pada 28 September 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Bilal Bakal Membuka Pentas

via Opie Sofia & OPR Network

Sebagai pengisi utama, penyanyi dan pencipta lagu berbakat dari Indonesia, Bilal Indrajaya, dipilih untuk membuka pentas berprestij ini.

Bilal, atau nama sebenarnya Bilal Ahmad Indrajaya, telah mencuri perhatian ramai sejak lagu debutnya Biar diterbitkan pada 2018.

Kehadirannya di pelbagai festival muzik termasuk BNI Java Jazz Festival 2024 menjadikan konsert ini antara yang paling dinanti oleh peminat tempatan.

Menurut wakil penganjur, John Labu, pemilihan Bilal adalah langkah tepat memulakan siri Panggung Purnama yang menampilkan konsep konsert berjiwa dan penuh nuansa.

Bilal seperti bulan yang menyinari malam – karyanya memberi cahaya kepada peminat.

Bilal juga dikenali di Malaysia melalui kolaborasi bersama Noh Salleh menerusi lagu Niscaya, serta Ruang Kecil dan Yang Tercinta bersama Romantic Echoes, menjadikan beliau antara figura muzik yang dekat di hati peminat di sini.

Sebuah Pengalaman Peribadi

via Opie Sofia & OPR Network

Panggung Purnama bukan sekadar konsert biasa, tetapi dijanjikan sebagai pengalaman peribadi penuh emosi antara Bilal dan pendukung karyanya.

Penganjur turut mengumumkan bahawa pengumuman fasa kedua dan finale akan dibuat tidak lama lagi.

Tiket kini boleh didapati di www.ilassotickets.com dengan kategori:
Purnama – RM479
Bumi – RM259
Awan – RM249
Langit – RM229
Bintang – RM189

Jangan lepaskan peluang menyaksikan penampilan istimewa Bilal Indrajaya di Panggung Purnama — malam yang bakal menjadi sejarah dalam ingatan peminat muzik tanah air.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |