Telur Masam Jadi Topik Bapak Dengan Anak, Aliff Syukri Ditegur Oleh Anaknya Ammar

5 hours ago 6

Usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil mengulas isu hangat ‘telur masam’ yang menjadi tular susulan kenyataan seorang pempengaruh wanita mengenai kebersihan alat sulit suaminya. Menariknya, Aliff memilih untuk berkongsi pandangan itu bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan, 17, dalam sebuah video yang kini menjadi perbualan ramai.

Namun apa yang lebih mencuri tumpuan bukan sekadar kenyataan Aliff, sebaliknya reaksi matang dan bijaksana Ammar yang secara berhemah menolak untuk terlibat dalam perbualan yang disifatkannya tidak relevan berbanding isu-isu besar dunia. “Sekarang ini dunia tengah sibuk dengan peperangan Iran tapi rakyat Malaysia (tengah sibuk) suami orang telur dia masam ke tak. Dunia tengah berperang tapi kalian kisahkan tentang telur (orang) masam atau sebaliknya,” ujar Ammar, sekali gus menimbulkan rasa kagum dalam kalangan netizen terhadap pendiriannya.

Dalam video sama, Aliff dengan nada bersahaja menjelaskan bahawa tidak pelik jika alat sulit lelaki berbau kerana faktor panas, kelembapan dan pakaian yang menyebabkan kawasan tersebut tidak mendapat pengudaraan yang baik. Katanya, “Semua orang (lelaki) telur masam sebab dalam seluar panas, berkuap dan kena kain. Kalau dah tahu masam, cucilah.. Dah cuci, kita guna.”

Bahkan, usahawan berusia 38 tahun itu turut membuat kiasan berani yang membuatkan Ammar tersipu malu dan tidak mampu membalas dengan serius. “Hujung-hujung, telur masam itu yang digunakan. Ikan pekasam masam sedap tak? Kalau telur masam dah cuci, boleh makan dan sedap tak,” katanya sambil ketawa kecil, jelas menunjukkan perbezaan ketara antara gaya bersahaja Aliff dan ketegasan prinsip anaknya.

Sebelum ini, kontroversi ‘telur masam’ tercetus selepas seorang pempengaruh wanita mendedahkan dirinya dijangkiti herpes dan secara terbuka mengaitkan jangkitan itu dengan suaminya. Wanita itu turut mendakwa alat sulit pasangannya berbau masam, sekali gus membuka aib rumah tangga kepada umum.

Tindakan tersebut menerima kecaman hebat dari netizen yang menganggapnya keterlaluan, tidak sensitif dan tidak wajar dikongsi di ruang awam. Isu yang sepatutnya diselesaikan secara tertutup menjadi perbualan terbuka hingga mencetuskan pelbagai reaksi termasuk daripada golongan selebriti seperti Aliff Syukri.

Meskipun dilihat ingin mengulas secara santai, video perbualan antara Aliff dan anaknya itu membuka dimensi baharu perbincangan awam, antara kebebasan bersuara, batas adab dan juga keperluan untuk meletakkan keutamaan pada perkara yang lebih besar.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |