Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.
“Dengan Mudahnya Ernie Zakri Berubah Perangai Jadi Kak Ninie Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ashsuhaimi yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 22 ribu, tanda suka sebanyak 1,005 dan sebanyak 18 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan cara Ernie Zakri berjalan selepas selesai membuat persembahan dikonsert Rossa baru ini.
@ashsuhaimiJarang laa @erniezakriez x buat hal! 😂 Comel je dia lari, risau pun ada 😂 #RossaHereIam #erniezakri
♬ original sound – Zachz Winner – Zachz Winner
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gemar melihat telatah Ernie Zakri yang sangat lucu terutamanya apabila berada dengan peminatnya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yanng melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.