[VIDEO] Fazura Menangis Lihat Gambar Arwah Ayah Di Bajunya

1 day ago 11

Fazura merupakan seorang pelakon dan juga penyanyi, beliau yang berasal dari Negeri Pahang itu telah mewujudkan satu jenama pakaian dan tudung yang pada mulanya khas buat peminat-peminat tersayang. Namun tidak dijangka keluaran tudungnya laris dan menjadi barang hangat untuk dipasarkan.

Selain sibuk dengan menjaga anak dan perniagaannya, Fazura juga kini aktif sebagai penyanyi. Fazura mengatakan bahawa dirinya amat meminati lagu-lagu ketuhanan dan kerohanian, terutamanya hasil ciptaan dari penyanyi, penulis lirik dan komposer asal Indonesia iaitu Ahmad Dhani.

“Apa Pun Yang Terjadi Beliau Juga Seorang Anak Perempuan Mesti Terkesan”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ajim_salleh yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 418 ribu, tanda suka sebanyak 16 ribu dan sebanyak 277 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Fazura yang menerima baju dari pereka fesyen tempatan yang mempunyai gambar arwah ayah bersama dirinya itu.

@ajim_salleh

‘Ada kenangan Yng x pernah hilang, walau waktu cuba menghapusnya” Momen kak faz melihat busana by @zaimizulkafli kl fashion week 2025 #Fazura #faz #zaimizulkafli #klfashionweek2025 #klfashionweek #klfw2025 #fyp

♬ Sad Music – Max-Music

Rata-rata netizen sebak melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak kira sedewasa mana pun seorang itu pasti tetap akan merindui dan menyayangi ibu bapa mereka itu.

“she’s someone daughter too”

“kalau kami pun sedih lihat, apatah lagi Faz”

“Hatta dolmat kat threads buat post khas untuk Faz, zaim zulkafli pulak buat dress yang special ni, ramai je yang sayangkan Fazura”

“dulu tak suka faz ni, tapi sejak dia bercerai dengan Fattah, hati makin suka tengok dia”

“Ala kak Faz nangis kita pun ikut nangis sama”

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |