Penampilan terbaru ahli kumpulan Dolla, Sabronzo, sekali lagi mengundang kecaman hebat netizen selepas memuat naik sebuah video tarian lagu terbaru Dolla di Instagram yang menunjukkan dirinya mengenakan pakaian yang dianggap terlalu seksi dan tidak sopan.
“Baju ke bra ni?” – Ramai Netizen Tergamam
Dalam video yang tular itu, Sabronzo tampil dengan pakaian atas yang menyerupai bra, sehingga ramai netizen menyatakan rasa terkejut dan kecewa. Penampilan itu disifatkan tidak sesuai untuk tontonan umum dan seolah-olah tidak menjaga maruah sebagai seorang wanita Muslim.
“Ni dah macam pakaian dalam… bukan fesyen dah ni.”
“Islam, orang Kelantan pulak tu. Tapi pakaian macam orang barat yang hilang arah.”
“Trend ikut artis barat ni sampai tak fikir halal haram.”
“Dolla ni try hard sangat nak ikut macam Korea sampai baju pun macam dah tak pakai”
Terlalu Terpengaruh Gaya Barat?
Banyak yang mempertikaikan tindakan Sabronzo yang dilihat terlalu ghairah mengikut arus fesyen Barat terutama dari dunia K-pop dan Hollywood, tanpa mengambil kira batas budaya dan agama.
“Nak tiru macam Blackpink pun, agak-agaklah. Kita ada budaya kita sendiri.”
“Orang Barat buat, itu cara mereka. Tapi bila artis Melayu Islam ikut, jadi salah besar.”
“Fesyen dan artis bukan tiket untuk buka aurat. Kalau nak jadi ‘influencer’, tunjuk contoh baik.”
“Ini bukan Korea kak, kalau ada bakat pun tak perlu kot buka sana sini”
Identiti Sebagai Muslimah Dipersoalkan
Lebih ramai netizen tampil menegur secara terbuka kerana Sabronzo atau nama sebenar Wan Sabrina Wan Rusli adalah seorang wanita Islam yang berasal dari Kelantan, negeri yang terkenal dengan nilai-nilai Islam yang kuat. Ramai yang kecewa kerana melihat seolah-olah dia meminggirkan jati diri sendiri demi kelihatan ‘trendy’ dan ‘glamorous’.
“Anak Kelantan, Islam… tapi bangga tayang tubuh macam ni? Mana letak maruah?”
“Jangan sebab nak ‘fit in’ dengan gaya barat, kita buang semua adab dan akidah.”
“Ingat etnik mana tadi sekali Google nohh Wan Sabrina”
“Artis barat nak buat konsert tak boleh sebab seksi tapi yang ni boleh pulak eh”
“Bakat Tak Salah, Tapi Cara Tu Kena Betul”
Walaupun bakat dan pencapaian Dolla dalam industri muzik tempatan tidak dinafikan, namun netizen berpandangan bahawa penampilan yang melampau akan mencemarkan reputasi dan menjatuhkan imej artis tempatan.
Penampilan Sabronzo kali ini menjadi satu lagi bukti bahawa masyarakat Malaysia khususnya netizen Muslim, tidak mudah menelan ‘fesyen tanpa sempadan’ yang semakin menular dalam kalangan artis. Isu ini membuka ruang perbincangan besar tentang batas antara ekspresi seni dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dalam dunia hiburan.
Bagi Murai.my gaya yang dipilih dilihat lebih sesuai untuk pentas antarabangsa, tetapi tidak sesuai dengan norma masyarakat tempatan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.