[VIDEO] “Mama Dah Tutup Hijab Cik B Supaya Tak Nampak Hantu”-Dato Seri Vida

7 hours ago 4

Siapa yang tidak mengenali Cik B atau nama sebenarnya adalah Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang sering meraih perhatian daripada orang ramai. Cik B juga seorang yang sering menghiburkan ramai orang dengan video-video kontennya yang dimuat naik di laman media sosial miliknya.

Anak kepada usahawan kosmestik sensasi itu, Dato’ Seri Vida, kelihatan sering meluangkan masa bersama ibunya di rumah. Netizen pasti tidak kering gusi apabila melihat gelagat anak-beranak ini membuat video bersama.

Kini, perniagaan milik Cik B mendapat perhatian ramai apabila dikatakan laris dan banyak mendapat permintaan. Baru-baru ini, tular mengenai Cik B yang membeli kereta pada usia yang sangat muda dan ianya membuatkan ramai terpegun melihat kejayaannya itu.

“Kesian Mama Risau Sangat Dekat Anak Anak Dia Tu”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Dato Seri Vida yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 107 ribu, tanda suka sebanyak 3,297 dan sebanyak 114 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Dato Seri Vida yang kelihatan sangat risau setelah tular podcast Cik B dimana beliau tersesat kedalam perkampungan bunian. DSV juga memberitahu bahawa Cik B sememangnya boleh melihat alam ghaib sejak dari kecil namun DSV telah menutup agar Cik B tidak lagi boleh melihat perkara tersebut.

@datoserividaofficial

Replying to @Mokhsin77 KISAH SERAM@cikb_havoc66 @SALMON SKIN SALTED EGG CIK B

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa kebolehan melihat perkara ghaib adalah sesuatu yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan orang dan ianya dianggap istimewa.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |