Isteri kepada aktor, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi momen istimewa apabila membawa anak-anak mereka, Datin Cici dan Pop melawatnya berpantang selepas selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 17 Jun 2025.
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram dan TikTok, turut memaparkan gelagat Cici dan Pop yang memberikan kejutan dengan menghadiahkan sekotak coklat buat ibu mereka.
“Finally i gave my husband a lato-lato 🥰🥰 Alhamdulillah ❤️❤️❤️ Thank you daddy bawak anak-anak melawat umi berpantang 🥰🥰.”-kapsyen Fazeera di TikTokS
“Suka La Tu Ada Geng Papa Dia..”
Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan buat Fazeera yang kini sedang menjalani tempoh berpantang, malah ramai yang teruja melihat ragam Fizo Omar yang sedang mendukung bayi lelakinya itu.
“Yang sebetulnya, finally Fizo yang bagi baby boy kat isteri dia sebab yang menentukan jantina adalah lelaki ya, buka perempuan. Baru je tadi ajar dalam Sains Tingkatan 4 🤣.”
“Saya antara paling happy dapat tahu Faz lahirkan baby boy 😍😍.”
“Suka la tu ada geng papa dia 😀.”
“Yeay daddy dah ada geng 🥰🥰.”
“Bestnya macam sebaya 😍.”
“Pengorbanan isteri penuhi impian sang suami.”
“Tahniah Faz dan Fizo dapat baby boy. Selamat berpantang.”
“Apa la perasaan Cik Yam kan, bila dapat adik boy pulak, mesti lagi excited.”
“Tahniah Fizo dan Faz. Akhirnya dapat juga baby boy. Mesti happy sangat tu.”
“Seronok tengok, ibu moden yang beranak ramai.”
Sekadar info, Fizo Omar mendirikan rumah tangga bersama Fazeera pada 21 Oktober 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Fizo turut mempunyai seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinan terdahulu bersama usahawan, Mawar Karim iaitu Wan Maryam.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.