[VIDEO] “Nenek Kena Bodek Abah Untuk Kitorang” – Netizen Puji Keakraban Anak Aliff Syukri Dengan Bonda Rozita

5 hours ago 4

Hubungan erat antara cucu dan nenek sememangnya sesuatu yang menyentuh hati, lebih-lebih lagi apabila dilihat penuh dengan kasih sayang dan gurauan mesra. Itulah yang dikongsikan oleh usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim, menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Bonda Rozita kelihatan sedang meluangkan masa berkualiti bersama cucu-cucunya iaitu anak kepada usahawan sensasi, Dato’ Aliff Syukri. mereka bukan sahaja kelihatan rapat dengannya, malah jelas gembira menikmati kebersamaan tersebut.

“Anak-anak Kri semua rapat sejak kecik dengan anak-anak kecil Bonda… best friend siang malam bergayut phone. Nak bawak anak cucu bercuti, susah Kri nak lepaskan… dia taknak cucu minta-minta pada saya.” Tulis bonda Rozita di kapsyen

Pujian Didikan Keluarga

Kapsyen itu secara tidak langsung memperlihatkan prinsip Aliff Syukri dalam mendidik anak-anak supaya tidak terlalu bergantung kepada kekayaan nenek mereka, namun dalam masa sama tetap membenarkan mereka membina hubungan yang erat dengan keluarga besar.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji didikan yang diterapkan Aliff Syukri terhadap anak-anaknya. Ramai yang tersentuh melihat cara cucu-cucu tersebut bergaul dan berinteraksi penuh sopan dengan Bonda Rozita, malah ada yang bergurau menyebut:

“Comelnya, siap bodek nenek lagi tapi abah pulak tak kasi! Kena bodek abah dulu nampaknya.”

“Bagus cara Dato’ Aliff didik anak-anak, tetap hormat dan tak manja sangat walaupun kaya raya. Tapi masih mesra dengan nenek dan keluarga besar. Itu yang penting.”

“Pandai nya la bercakap”

“Patutlah sayang, tengok la macam mana anak aliff ni bersembang pandai ambil hati”

“Kaya harta, kaya adab. Sesuai jadi ikon anak muda sekarang”

“Tengok anak-anak datuk Aliff semua bagus-bagus. Dari segi bercakap, berpakaian boleh nampak macam mana hasil didikan mak ayahnya”

Hubungan yang terjalin antara generasi ini menjadi contoh bahawa kekayaan dan kemewahan tidak sepatutnya memisahkan nilai kekeluargaan yang sebenar. Meskipun sering menjadi sorotan dan kadangkala kontroversi, momen sebegini mengingatkan ramai bahawa di sebalik persona Dato’ Aliff Syukri, tersimpan prinsip kekeluargaan yang kukuh.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |