Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.
Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.
Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.
“Diorang Memang Kawan Rapat Sejak Berlakon Sama Dulu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @cute08628 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 209 ribu, tanda suka sebanyak 6,964 dan sebanyak 115 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Neelofa dan Amira Othman yang sedang berbual kemudian saling memeluk satu sama lain sebelum pulang dari usrah.
@cute08628Membalas kepada @mirae_mirah #amiraothman #neelofa #fattmira cr live TT Betty rahmad
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Amira Othman sememangnya baik dan tiada isu yang tidak baik dengan Neelofa dan mereka telah mengenali satu sama lain sejak berlakon sama disebuah drama suatu ketika dahulu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.